Friday, August 26, 2011

SeLaMat HaRi RaYa AiDiLfItRi

selamat hari raya aidilfitri untuk semua ...selamat balik kg ..selamat makan kuih muih yg sedap2 ..semoga begembira selalu hendaknya..amin...

yeyey malam ne balik kg..indahnya sungguh di hara raya..cewah...mohon maaf di pinta..selamat hari raya aidilfitri...

AkTiViTI Si aDaM kOdAM

macam nak runtuh pagar ne dibuatnya..adui..kalo pintu ne terbuka memang dah panjat anak2 tangga di adam ko..ko suka yer ..mcm takde benda apa ko nak main...

tersengeh2 bila mama ambil gambor dia..nakal sunggguh......

MoOd RaYa..

hahhah ari ne dah masuk 26 hari kita berpuasa..mood raya dah mari..pagi ne sampai ofice cepat lak..jalan x jem..kan best kalo ari2 mcm ne..takler penat kaki drive keta ..heheh..

malam tadi penatnya nak packing baju..cakap dgn huby..mama tido kejapler nantibangit..at last kol 10 baru bangun..tu pon mata kelat..malasnya nak bekemas..kemas sikit2 aja ler dulu..esok tghari balik umah jap kemas lagi..time ne ler baru tekial2 basuh baju baru budak2..menyesal x buat awal..ne semua kes anak2 aku sakit tu..kalo tak takde ler last minit nak buat kuih raya nak basuh baju..huhuh...

kat ofice ramai kekawan dah stat bercuti...anak dara ku pon tak mo gi taska..terpaksa pujuk mcm2..cakap nak balik kg kan..so kakak kena gi taska dulu mama work..adus..banyak tol kerenahnya..

semalam sempat lagi shooping baju melayu cik huby dan beli samping si tonet adam..cumu songkok aja x beli..mana budak kecik tu nak pakai..pakai topi pon tak mo..tak hensom ler ...

Tuesday, August 23, 2011

AdAm dAn AliYaH SaKiT

alahai org sibuk nak shopping raya..aku sibuk melayan kerenah anak2 sakit..kalo takat demam tu boleh tahan lagi ne dah teruk..demam cirit birit..muntah2..sakit perut kembung..aduhai..pegi klinik dah 2 kali..doc cakap kena jangkitan virus..nak kata aku beli makanan kat bazar..aku masak..beli pon kuih aja..

alahai doc cakap kalo mcm ne maunya kena tahan wad ne..haru betul ler..seminggu cuti..dok umah..hari ne kembali bertuga..keja banyak gila ...nak kejar gaji..karang staf kontrak tak begaji ler pulak bulan september nanti..alahai...

alhamdulilah..yg si kakak dah ok..adik masih ada lagi cirit birit..terpaksa mama hantar ke taska...mama tak boleh cuti lama2 adik..nanti bos marah..cuti mama pon tengah sikit...

Friday, August 12, 2011

AdiK2..Dah TaKdE BeNdA LaIN Ko Nak MaIn

amboi budak kecik ne..selalunya maghrib dah mengamuk nak tido..kali ne xmo tido..sbb sebelum balik rumah dia dah tido petang kat taska..adoi..mesti kol 9 malam ne baru tido..sementara ai , si didy dan kakak makan berbuka dia mengerjakan tudung saji..janji ko diam nak oit..ko nak buat apa pon buatler..

siap berdiri nak oit..jahanam tudung saji mumy...

tersengeh kepuasan..terjerit2 si kakak menyakat si adik...

Thursday, August 11, 2011

PeRcAyA PaDaKu-UnGu

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu
reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku
repeat reff
tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu
repeat reff
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

Wednesday, August 10, 2011

KeLeTaH Si AdAm KoDaM...

hehhe sedapnya..

masa ne kakak merajuk ..berebutkan makanan yg adam pegang..padahal dah dibelikan sorg satu..

time ne adam komain makan keropok..bersunguh2 makan..

rAmAdHaN kE 10

salam ramadhan..cepatnya masa berlalu..dah masuk hari ke 10..

Tuesday, August 9, 2011

BoNos RaYa...

alhamdulilah bersyukurnya saya kehadrat ilahi diatas kurniaan rezekimu Ya Allah..

terima kasih yer Pak Najib..walaupun gaji ku yg sekecil ini tak setanding dgn gajimu yg banyak tu..dapat gak bonos..kenapaler tak bagi sama rata..kalo gaji org yg berpuluh ribu..koorg bayangkan bapa banyak diorg dapat..bagiler sama rata pak Najib oit..kita semua makan nasi ..beli beras..minyak ..sama aja..ne bonos ne mengkayakan org yg begaji besor..sedangkan gaji org2 mcm aku..hampas..apa2 pun terima kasih Pak JIb...

ne aku tepek berita gembira tu yek...

Bonus setengah bulan untuk kakitangan awam, pesara

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan semalam.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas itu dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.
Katanya, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - Bernama

Thursday, August 4, 2011

mEnU bErBukA hArI kE 3

apa mcm...ok tak..heheh semuanya masak sendiri kecuali kuih tu..beli aja..kegemaran my family..karipap dan popiah...ikan stim tu kegemaran si kakak..permintaan anakku..aliyah..ikan kering , tempeh + kentang + ikan bilis goreng kicap..tembikai dan ayam percik..tapi ayam percik tu kurang sedap lak..takper ler percubaan pertama..

kIcHeN kAbINeT..

ne ler dapur memasak saya..simple aja..tengukler kalo ada rezeki..nak tambah belakang..tu pon 10 tahun lagi kut..heheheh...warna pilihan tetap warna merah..semangat membara...

Wednesday, August 3, 2011

PaSaR RaMaDhAn...

ari ne merupakan ramadhan ke tiga ...saja nak cerita..first posa gi ler bazar ramadhan..nak beli lauk ler..tapi pusing2 tak tau nak makan apa..teringin nak makan ayam percik, roto john..takde pulak org jual..last2 beliler daging rendang 2 hingit, ayam seketol masak kicap pedas 3.50 sen dan hati & pedal 2 hinggit dan last beli kuih buah melako 1 hinggit..tu pon main belasah aja mana2 kedai..nasib baik dah makan sedop..tenguk2 harga makanan mahal..murtabak daging dan ayam yg biasa jual tu 2 hinggit jadi 2.50..kuih muih 40sen satu..kecik2 pulak tu..tak kisah ler kalo jual mahal tapi sedap..ne dah ler mahal tak sedop pulak..

petang tu jugak gi pasar borong selangor ...beli ikan kembung, ikan cencaru dan ayam..mulai ramadhan ke 2 masakler aku..beli pon mahal..kuih tu beliler..kuih muih ne remeh sikit..air kalo boleh bancohler..kalo nak rasa air kelapa, tebu ..beli yer..heheh kena jimat barang semua mahal...

semalam dgn jayanya aku masak asam pedas ikan kembung + bender tambah taugeh masak air masak lagi satu lauk..ayam goreng madu..pergh..sedap gak aku masak..alhamdulilah..huby dan anak2 pon suka..hehehh

dUgAan dI BuLan RaMaDhAn....

ya Allah ko beriler aku kekuatan menghadapi dugaanmu..sinariler kebahagian buat kami sekeluarga..Amin..

Monday, August 1, 2011

SaLaM RaMaDhAn..

salam ramadhan untuk semua...sedikit tazkirah..

Ramadan al-Mubarak bulan tarbiah dan juga tazkiyatun nafsi buat manusia agar kembali kepada fitrah yang suci. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Maka kembalilah mereka ibarat bayi yang baru lahir suci daripada segala dosa.
Kita digalakkan memperbanyakkan amal ibadah dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T serta banyakkan muhasabah diri. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W bermaksud; "Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua Syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.
Penyeru pun menyeru: "Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah! Dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah! Dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebaskan daripada api Neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan." (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Dikatakan Ramadhan ini bulan penyucian jiwa kerana pada bulan ini setiap umat manusia beragama Islam akan sebolehnya mengubah tabiat dan perangai. Pada bulan ini setiap daripada kita sedaya upaya melakukan perubahan diri berbanding pada bulan-bulan sebelumnya.
Segala benda dan perbuatan ini hanya boleh dilakukan dengan adanya rasa keimanan dalam jiwa. Menurut penceramah bebas, Ustaz Hazlin Baharin, Ramadan itu dikatakan sebagai bulan penyucian jiwa kerana ia dapat membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada sebarang kerosakan dan gangguan syaitan.
Tetapkan Taqwa
Ramadhan juga merupakan masa terbaik untuk menyucikan jiwa kerana orang yang berpuasa perlu menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa atau sekurang-kurangnya yang boleh mencacatkan puasa. Justeru, segala tabiat buruk sebelum ini perlu ditinggalkan.
Apabila cabaran utama yang hadir dalam diri ini mampu diatasi oleh manusia itu bermakna mereka telah berjaya melawan godaan nafsu Syaitan yang mahu merosakkan jiwa mereka. Maka sebahagian daripada penyucian jiwa telah berjaya dilepasi. Tambah Ustaz Hazlin lagi, sekiranya halangan ini mampu dilepasi, maka mereka telah tergolong dalam kalangan orang-orang yang sabar dan secara langsungnya ini telah dapat menyucikan hati daripada melakukan perbuatan maksiat.