Thursday, February 24, 2011

peristiwa berdarah di UPM

bangunan pentadbiran, office aku ditawan oleh student2 yg dikenali sebagai pro mahasiswa..biasa ler dlm pemilihan pelajar ne ..ne aku sertakan berita kat paper kosmo ..semua paper melaporkan peristiwa tersebut..

SERDANG - Sekumpulan 200 orang pelajar Pro-Mahasiswa (Pro-M) bertindak merempuh pintu kaca bangunan pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini semalam.
Tindakan itu diambil kerana mereka tidak puas hati dengan pembatalan kemenangan 11 calon Pro-M.
Rempuhan itu menyebabkan tiga kakitangan universiti termasuk dua pengawal keselamatan cedera di tangan terkena serpihan kaca.
Seramai 10 pengawal keselamatan berada di pintu masuk berkenaan untuk mengawal keadaan yang kecoh sewaktu insiden itu berlaku.
Sumber universiti memberitahu, kumpulan terbabit yang turut disertai oleh gabungan Pro-M dari universiti lain yang mula berkumpul di sekitar pejabat tersebut sejak pukul 10.30 malam kelmarin bagi menunjukkan protes terhadap keputusan pembatalan kemenangan 11 calon mereka dalam pilihan raya kampus yang diadakan kelmarin.





bukan cedera ringan yer..cedera teruk..kesian pengawal2 upm..budak2 ne menganas...banyak sangat campurtangan budak2 universiti2 lain ..tu yg diaorg bertambah panas...

Monday, February 21, 2011

valencia

valencia depan pasar borong terbakar...masa awal2 my B bagitau.. Ya Allah..aku dah ler booking sofa utk rumah baru RM1000 hinggit..aduh..camner ne..walaupun sikit tapi nak saving tu maunya makan bulan beb nak menyimpan..

cari2 dalam google rupanya ada cawangan kat puchong..terus call valencia.. salesman kata bawa resit datang valencia..nasib baik salesman aritu ada kat sana..so dia copy resit and kata barang tu lagi seminggu boleh hantar umah..aku cakap dgn my b..kalo mcm tu minggu depan cal hantar terus umah..takut beb..mana nak susun ne..kat umah sekarang ..ada sofa L..lantakler besempit2 ler jawabnya..nak masuk umah baru entah bila agaknya..kalo aku tau dah masuk baru beli...

Wednesday, February 16, 2011

Salam Maal Hijrah

Maal Hijrah 1 Muharram

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

lagu ne memang wajib berkumandang sejak dulu lagi..sampaikan aku dah berusia 31 tahun pun lagu ne tetap ada..teringat zaman sekolah dulu..

Monday, February 14, 2011

layan lagu jiwang...

Lirik Sedetik Lebih – Anuar Zain


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa


Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu




menyentuh kalbunya lagu ne..heheh perasan pulak ai..

kakak potong rambut...

alahai anakku ..setiap kali lepas mandi mesti dia mengamuk nak sikat rambut..rambut dia ne kerenteng halus betul..dah 4 tahun ai tak penah potong sayang,,,tapi so semalam ai gi jj balakong cari saloon cut rambut dia..dia komain sukanya..potong rambut cam tu aja dah 15 hinggit lepas tu ai tambah pelembap rambut jenama loreal 45 hinggit..so total 60 hinggit..so ai tak jadi nak buat layer rambut ..balik kg nanti ler potong kat sana..heheh..kedekut tol mama dia ne..hehhe

masuk jj kejap cari barang..tu pon dia dah merengek nak anak patung..weii mainan kotu kakak dah sebakul..semalam baru aja pau dady dia beli mainan doc tu..padahal aku rasa dah 2 set dah jahanam dikerjakan dia..his budak ne..balik2 jalan tu dia nak makan kfc atau mcd..aku ne bab2 makan ne tak sampai hati ..beli aja ler..malas nak masak..heheh..aku cakap mcd ajaler ambil yg set ada mainan tu..komain suka budak kecik ne..

Thursday, February 10, 2011

percubaan pertama

percubaan pertama..heh yes..dah berjaya lak..huhu awal februari yg memenatkan..my sister kat icu semput..la ne dah keluar dah..alhamdulilah..kalo tak ari2 lepas keja kerja ker putrajaya..anak2 pon ambil lambat..kat taska..kadang2 sampai kol 8 mlm..kesian anak2 mama..

tahun baru cina..org2 cuti happy new year aku lak balik kg ingat boleh cuti lama..tapi tepaksa balik awal sbb mak abah nak ikut aku balik..so plan nak jumpa kawan yg terpisah 10 tahun lepas study kat jb tepaksa di cepatkan..dapat jumpa sue jalimah aja..uda tu aku plan nak gi tido umah dia kat port klang..dulu mana ler ada kemudahan fb or blog ne..addres pon tulis kat buku..bila pindah2 terus hilang..sekarang zaman cangih..dapatler jumpa balik kawan2 yg terpisah...aku ne dgn sue dekat aja tak sampai 1 jam ke part sulong..ya Allah dekat betul..hehe budak kecik tu dah berisi ler..dulu kurus aja..anak pon dah 2..tembam sikit ko sue..hauahu

uda..aku tak sabor nak jumpa ahad ne 20/2..tu dlm perancangan lagi..insya allah

bebalik pada family aku..diaorg tido umah aku..nasib baik my hubby dah kemas2 umah..bab2 mengemas ne memang keja my huby..dia kemas lagi cantik dari aku..heheh umah pon kecik..pandai2 ler koorg..nak pindah umah baru pon tak tau bila..aku dah tak sabor nak pindah ne wei..ari kita org sampai hospital alhamdulilah petang tu kakak aku dah dibenarkan keluar wad..tapi lepas ne kena jaga..no limau2 mandrin yer..kak yus..no ais jugak..heheh..mak pak aku ne dah lama benor tak datang kl..alang2 menjenguk org yg sakit ne diaorg pon tido umah anak2 dia yg keja kat kl..kat putrajaya dan puchong..umah abg aku yg kat shah alam walaupun tinggi tetap dia nak gi jugak..heheh dah sakit2 kaki pon diaorg laratkan juga..heheh