Wednesday, June 29, 2011

riang ria di taman permainan

bestnya kata adik..tapi dalam bahasa dia ler..heheh

mata pandang apa ne..si adik meronta nak lepas

sukanya adik..dapat lepas..

kakak main buaian

Tuesday, June 28, 2011

Majlis Gemilang Putra 2011

ari ne..busy sikit kat dewan besor..Majlis ne bagi menghargai staf2 yang berkhidmat di UPM..antara gambor2 ajk yg sempat diambil..ngeh2..

Friday, June 24, 2011

mood adam bila bangun pagi..

pagi-pagi lagi dah bangun..kalo ai bangun lambut dlm 6 pagi memang kelang kabut ler hidup aku nak melayan dia..pagi2 dah merangek nak didukung..pakai makeup pun kena depan dia..pantang aku kedapur ker meraung2 nak ikut..

musim banyak nyamuk..ari2 kena gigit..balik2 school aja dah merah2  muka dibuatnya..cian anak mama...ne dah start nak bejalan ne...ngeh2..menceceh mulut dia..

mama dah siap nak gi keja..nak jugak ambil gambor..kenapa kakak tiada..sbb tido lagi..aman dunia ne..

Rumah aku ker ne..ngeh3..

rumah porak peranda..masih dlm proses mengemas lagi..banyak barang tak siap packing lagi..ne baru sebahagian..banyak lagi lom kemas ne..aduhai..

Thursday, June 23, 2011

Buzy AUDIT ISO...

ari ne 23-27 June 2011 bermulaler audit dalaman bagi Seksyen Pelantikan...ne sebagai persediaan untuk audit sirim bulan september ini..skop kerja aku bahagian pelantikan staf kontrak, UPM kali pertama audit..

pening2..kali pertama..aku redha aja kalo ada ofi atau nc ker bagai ker..lantak ler..penatler audit2 ne..

Monday, June 20, 2011

adam haikal dah pandai jalan..

amboi2..sejak 2/3 hari ne anakku si haikal berusaha dan teruja tawaf rumah..masuk bilik keluar bilik..sejak kaki kuat berdiri amboi kemain yer..penat mama tengok..adik dan kakak berusaha menyepahkan rumah..penatnya bila ari cuti melayan kerenah anak2..saidis..

nak masak punyala susah..kalo dah kedapur tu kelentang kelentungler dapur aku tu dibuatnya..duduk bawah singkiler..selongkar almari ler..dalam sehari 3 empat kali mama dok sapu rumah besepah dgn makanan..habisler semut banyak..alahai keletah anak2 ku...sapa kata jadi suri rumahtangga ne senang kerjanya..nasib baik aku ne bekerja..kalo dok rumah mesti beserabai aku dibuatnya..so terima kasih mak..jasamu menjaga diriku akan ku kenang sehingga akhirnya..i love u emak...

selamat hari bapa..

selamat hari bapa..istimewa untuk ayahanda tersayang..Thith bin Kemat dan

Thursday, June 16, 2011

Akasia-Nora Elena..

cerita ne jiwang beb...hehehh kekawan kat ofice semua sibuk pasal cerita ne..jiwang..ada ker suami romantik seperti Seth Tan (lakonan Aaron Aziz) dalam dunia ne....mencinta dah menyayangi si isterinya..heheh..

Wednesday, June 15, 2011

AF9..yeyyeye HAZAMA menang..

SEKALI gagal bukan bererti gagal selamanya. Itu mungkin ungkapan yang dipegang oleh juara pertandingan realiti televisyen, Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9), Hazama.
Meskipun pernah gagal dalam Konsert Prelude AF4 lima tahun lalu, tetapi Hazama atau Hazama Ahmad Azmi tidak pernah putus asa. Sebaliknya, dia bangkit dan menyertai sekali lagi program realiti terbitan Astro Ria tersebut.
Menurut Hazama, kegagalannya meneruskan saingan pada AF4 telah membakar semangat untuk terus berusaha sebelum muncul juara AF9 yang merupakan musim terakhir.
"Semasa masuk AF4 dulu ia sebagai titik permulaan untuk saya terbabit dalam industri ini (nyanyian). Sayangnya saya gagal dan selepas itu selama lima tahun nama saya cuma suam-suam kuku sahaja. Kemasukan saya dalam AF9 adalah peluang kedua saya.
"Saya tidak nafikan AF4 sebagai punca yang membakar semangat saya untuk berusaha lebih kuat dalam bidang seni," katanya sewaktu sidang akhbar selepas diumumkan juara AF9 di Dataran Putrajaya baru-baru ini.
Dengan kemenangan itu, juara terakhir AF berusia 27 tahun itu menggondol hadiah wang tunai RM200,000, hamper dan wang tunai berjumlah RM5,000 sumbangan Power Root, sebuah kamera Sony Handycam bernilai RM3,299 dan trofi sumbangan Astro.
Kemenangan Hazama itu memang sudah dijangkakan banyak pihak termasuk para peminat dan media massa berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang seringkali memihak kepadanya.
Pada konsert akhir AF9 yang ditonton lebih 5,000 orang itu, Hazama menerima 45 peratus undian SMS, diikuti Lena yang muncul naib juara dengan 28 peratus, Fina (15 peratus) dan Azri (12 peratus).
Jelas Hazama yang menyanyikan lagu Pukau (Tomok) dan Cinta Teragung (Kuncidemak) pada konsert itu, dia tidak menafikan pengalamannya menyanyi selama lima tahun selepas gagal dalam AF4 banyak membantu kemenangannya itu.
"Itu salah satu kelebihan saya kerana daripada situlah saya dapat sedikit pengalaman menyanyi. Pada masa sama, para peserta AF9 yang lain mempunyai keyakinan juga. Bagaimanapun, saya anggap pentas AF9 berbeza dengan pentas-pentas lain yang pernah saya sertai.
"Di tempat lain tidak ada orang yang mengkritik ataupun memberi garis panduan kepada saya. Malah, selepas menyertai AF9 saya dapati saya mempunyai banyak kekurangan dan daripada situ jugalah saya belajar," ujarnya.
Sementara itu, sewaktu ditanya tentang hadiah wang tunai RM200,000 yang diterimanya, peserta berasal dari Kuala Lumpur itu berkata, dia akan menggunakannya ke arah yang boleh memberi manfaat kepada masa depannya.
"Ini kali pertama saya pegang duit yang banyak. Saya akan gunakan duit kemenangan ini ke arah kebaikan. Saya hendak beli jam tangan yang baru. Selain itu, saya juga akan simpan duit ini untuk masa depan saya," jelasnya.
Dalam pada itu, Lenaber Haidir atau Lena, 22, yang muncul naib juara menerima hadiah berupa wang tunai RM50,000, hamper dan wang tunai RM2,000 sumbangan Power Root, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 dan trofi.
Fina atau nama sebenarnya Nor Syafinaz Jebat, 18, yang merupakan pemenang tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, hamper dan wang tunai RM1,000 sumbangan Power Root dan sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 dan trofi.
Sementara pada pertandingan yang disiarkan secara langsung menerusi saluran 104 Astro Ria dari pukul 9 malam hingga 11.30 malam itu Azri atau Mohamad Azri Abdullah, 23, pula meraih hadiah berupa wang tunai RM5,000, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 dan trofi.
Pengetua AF9, Amy Search atau Suhaimi Abdul Rahman yang ditemui selepas konsert itu puas hati kerana pembelajaran di akademi itu berjalan dengan lancar sepanjang tiga bulan yang lalu.
Pada masa sama, vokalis kumpulan rock Search itu tidak lokek berkongsi pengalaman sambil menasihatkan para graduan AF9 sebelum mereka melangkah ke dunia hiburan yang glamor selepas ini nanti.
"Selama tiga bulan di AF9 mulanya saya rasa lama tetapi masa berlalu begitu cepat. Pengalaman saya di AF9 cukup indah di mana saya mendidik para pelajar di akademi ini seperti anak sendiri. Pesan saya kepada mereka semua agar jangan lupa diri. Jadilah anak seni yang jujur, kalau tidak anda tidak akan ke mana," tuturnya.

rumah barukku

Insya Allah 25 dan 26 hb ne akan berpindah kerumah baru..setakat ne..masih dlm proses cat, pemasangan aircond dan wayaring lampu dan kipas..barang2 kat rumah sewa banyak lagi yg belum dipacking lagi..alahai malasnya ...

adam haikal drive keta..

anak bujangkku berebut dgn si kakak nak bawak keta..layankan aja ler didy oit..karang esok2 dia mengamuk nak lagi..pandai2 ler..selama ne mama drive hantar ke taska dia tgk aja..ne lepas gian..habis stering keta tu penuh air liur dia tu..his..tesenyum2 aja...ngeh2..

Monday, June 13, 2011

Aktiviti hujung minggu...di Putrajaya (11/6/2011)

lambat nak upload ne..seperti yang dirancang..jumaat malam aku masak rendang hati..tu aja yg aku pandai..senang aja beli hati 1 kg beli rempah segera adabi Rendang (2 Pac) + santan kotak (2 kotak) + hati rebus yg dihiris + daun kunyit + daun limau purut dah tunggu hingga masak..senang ..heh masak rempah sendiri tak pandai so beli yg packet senang..heheh..

mee bandung dan buah2 han

makan time..

lepas makan..lepak2 borak..lepas solat asar semuanya bersiap nak mandi dekat dengan pullman..ada kolam renang utk dewasa dan kanak2..dah lama tak main air beb..tu si kakak terlalu teruja nak mandi kolam..akibat kelalayan aku dan hubby lupa nak bawak pelampung aliyah..dah tanpa dipantau oleh aku dan hubbby anak aku hampir lemas di kolam renang ne..tersirap jugak darah bila tenguk aliyah dah terapung dlm kolam..huby terus terjun ambil aliyah..nasib baik dia muntahhkan semua air yg ditelan..pucat muka si kakak..mm..tobat lepas ne..tak mo leka2 lagi..tu ler aktif sangat ..alhamdulilah nasib baik takde kejadian yg tidak diingini..malam tu aliyah demam panas..terperanjat agaknya..lepas ne kena lebih berhati2...

berani turun sorang2...akibatnya..hampir lemas di kolam ini..

lepas lemas..terus temenung..kiri kanan abg2 dan adik aku kepung aliyah takut lemas lagi..

masing2 memerhatikan anak2 dan anak2 buah ku yg ramai..

adam dah lepas mandi..mengantuk dan mengamuk lapor..dady dia ajak beli roti..sebuku habis makan..

budak nakal (aliyah dan hafiz)..yang sentiasa mengamatkan suasana..

Friday, June 3, 2011

shoping lampu rumah baru

baru sempat upload gambar ne..2 3 ari ne sibuk audit iso..bosan betul..ne antara banyaknya lampu yg nak pilih..dari malah hingga yg murah..heheh ..pilihler yg mana berkenan..kedai lampu ne kat puchong...

akhirnya ne ler barang yg kita org beli..habis ler 1k lebih..beli yg murah aja..tapi dicampur dgn harga 1 mentol 9 hinggit ..mahal juga ler harganya..heheh..nanti upload kalau dah siap pasang..yek...