Tuesday, May 31, 2011

tarif elektrik naik lagi...

dunia sekarang...apa ada pada nilai wang sekarang..kalo semuanya semakin naik..mmm kesian pada org2 yg kurang berkemampuan..


Tiada kenaikan guna 300 kWj

PUTRAJAYA 30 Mei – Kerajaan hari ini mengumumkan struktur tarif baru elektrik yang menyaksikan 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak akan mengalami kenaikan bil bulanan sekiranya mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada 300 kilowatt sejam (kWj) atau kurang.
Kerajaan terus memberi bekalan elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektriknya di bawah RM20. Kerajaan dijangka menanggung kos RM122 juta setahun untuk membiayai bekalan percuma ini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, penyelarasan yang berkuat kuasa 1 Jun itu dilakukan selari dengan penyemakan semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung yang berkuat kuasa pada tarikh sama.
Menurut beliau, kerajaan menjangkakan kenaikan tarif elektrik akan memberi kesan minimum kepada kadar inflasi iaitu sebanyak 0.27 peratus.
Katanya, pihak yang menggunakan antara 301 hingga 1,000 kWj sebulan atau 23.5 peratus pengguna domestik pula mengalami kenaikan bil elektrik antara RM0.07 hingga RM30.30.
“Bagi pengguna komersial voltan rendah seperti restoran kecil yang penggunaannya tidak melebihi 200 kWj sebulan, kadar kenaikan maksimum adalah sebanyak 6.2 peratus atau RM4.60 sebulan.
“Pengguna industri voltan rendah termasuk pengusaha memproses makanan kecil-kecilan pula mengalami kenaikan tarif maksimum sebanyak 6.2 peratus atau RM4,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata, tarif industri khas yang ditawarkan kepada sektor industri yang perbelanjaan bil elektrik mereka melebihi lima peratus daripada kos operasi masih dikekalkan.
“Sektor industri yang layak akan terus menikmati kadar tarif yang rendah walaupun jurang perbezaannya dengan kadar industri biasa akan dikurangkan secara berperingkat selari dengan dasar kerajaan yang menggalakkan penggunaan tenaga secara cekap.
“Kerajaan akan memperkenalkan insentif tertentu dalam tempoh terdekat untuk menggalakkan pengguna membeli peralatan elektrik cekap tenaga,” katanya.
Berikut merupakan maklumat penstrukturan tarif elektrik yang diumumkan Peter Chin hari ini, iaitu:
* Kerajaan meluluskan permohonan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaikkan tarif asas sebanyak dua peratus. Semakan diperlukan untuk menampung kos pembekalan elektrik semasa serta membolehkan TNB mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur yang lebih baik.
* Menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi storan tenaga termal daripada 1.5 sen kWj kepada 3.5 sen kWj.
* Memberi diskaun sebanyak 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagian oleh kerajaan seperti mana yang diberi kepada rumah ibadat dan institusi kebajikan.
* Syarikat rawatan dan pengagihan air serta pembentungan diletakkan di bawah kategori tarif industri.
* Mengekalkan tarif khas pertanian yang mula diperkenalkan pada tahun 2006.
* Kerajaan memutuskan agar kutipan tambahan satu peratus daripada bil bulanan disumbangkan kepada Dana Tenaga Boleh Baharu. Kutipan ini tidak termasuk pengguna yang menggunakan elektrik di bawah 300 kWj sebulan.



Monday, May 30, 2011

shoping langsir kat nilai 3..

ari sabtu gi beli langsir kat nilai..kena ler bawak budak bedua tu..adiknya dlm keta lagi dah meragam...biasa ler budak kecik tu..mana boleh dipegang lama2 dlm keta..mengamuk ..upahnya susu aja ler..tak banyak servey..2/3 kedai aja..terus beli sbb my hubby dah bising kata adam dah mengamuk..nekad beli aja ler..mula2 nak suruh org kedai jahit..tapi masalahnya tak boleh siap dlm 1 jam..so ambil aja ler nanti gi umah kakak aku  upah dia jahit..heheh..tapi lupa lak nak ambil gambor langsirnya..nanti ler dah siap aku upload balik..







ahad..akhirnya sofa yg aku dah booking dari velencia sampai...tapi masalahnya dah ler ruang tamu umah aku tu kecik..pening pulak fikir nak letak mana ..alahaii...


Wednesday, May 25, 2011

cute...



semua kucing kat jalan anak aku panggil bobo....





teringat anakku..adam..mesti menangis kalo diangkat keluar dari mangkuk mandi...

stress

Happy Birthday sayang..

                                        
semalam terlambat wish birthday kat sayangku..aduhhh...wish pon dah malam...terlupa padahal dah set kat hp..lalalal....nasib baik hadiah dah beli dan kasi awal2..birthday kek pulak dah potong sama2...almaklumler birthday kita org ne sama bulan...jimat...cuma hadiah untuk aku sampai sekarang tak pegi2 beli lagi...huby sabtu ne jommm gi alamanda nak beli handbag carlo rino baru.lalallal..nak tambah koleksi....


apa2 pun sayang..happy birthday..love u so much...









Tuesday, May 24, 2011

mentor 5...

juara mentor 5


sapakah yg akan menjadi juara...minat betul tenguk mentor ne..antara mentor dan af...memang tertunggu2 setiap minggu..so minggu final ne sapakah yg akan menadi juara..hehhe..antara Salma, Shiha & Iqa akan berntap..ketiga2 nya pada aku memang mantop..pada aku shiha pilihan aku menajadi juara...tapi tu tak pasti lagi..so tunggu konsert akhir ne..sapakah juaranya...heheh

mama semput and adam alahan..

dahlama i tak kena semput ne...sekarang adam haikal dah masuk 10 bulan ...dulu  masa dlm pantang bersalinkan baby adam haikal kena betul2 teruk..dengan batuknya..dgn semputnya..dah ler bersalin normal..mesti koorg dapat rasakan kita kalo bersin pon kena berhati2..ne kan pula jahit tang tu..aduk sakitnya time batuk..dekat 3 minggu aku merana batuk..dah ler ubat semput dia tak bagi makan sbb takut menjejaskan baby yg menyusu..harapkan ubat batuk aja ler...merana aku..lepas ne kalo aku pregnent..tobat aku nak pulun banyak2 durian dan pulut hitam...dulu masa mengandung 9 bulan puas aku makan durian dgn bubur pulut hitam..mak tak sedar akan kesannya..so masa nak due dah start semput dan batuk..tu ler penangannya...

so semalam balik keja aja aku dah susah nak bernafas..batuk bertalu..semput menyerang..nak handel anak2 pon temengah2...tak berdaya masa tu...so nak taknak malam lepas maghrib aku gi klinik..tapi masa tu dah ok sikit..jumpa doc cakap aku dah lama tak kena semput ne..so mintak ubat ler..mak datuk doc bagi ubat batuk makan 15ml, ubat semput, antibiotik dan alahan..banyaknya...doc cakap cuaca sekarang tak bapa elok...bejelebu..so elakkan bersiar2 di luar rumah..

yg si haikal tu lagi kesian..sejak pandai makan ne alahan le pulak..semalam mulut dia dah penuh putih2 mcm kena mata ikan..ko bayangkan kalo kita kena mesti sakit kan..bawak bibir dah bintik2..tumbuh kat tangan..lutut...doc cuma bagi krim dan ubat antibiotic aja...harap2 cepat sembuh sayang ku..sbb mama tak tahan dengar ko merengek aja...tension...


merah tu ubat antibiotik, ubat batuk..ubat alahan dan ubat semput..

Monday, May 23, 2011

tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, Selangor..

taragedi yang sungguh menayat hati..semoga rohnya dicucuri rahmat ilahi...Al Fatihah kepada mangsa yang terlibat...


Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat, Selangor, yang ditimpa musibah tanah runtuh sehingga mengorbankan 16 nyawa









Friday, May 20, 2011

anak dara ku yg semakin pandai melawar..




anak daraku semakin ari suka melawar...semua pakaian dia hingga ke hiasan dikepala dan beg semuanya nak gambar katun ne..aduh..alahai anakku...

gemuk..



alahai..berat aku lepas bersalinkan adam haikal semakin memuncak..alahai susahnya nak turunkan berat ne..posa ganti pon lom lagi..bulan posa semakin menghampiri..heheh...susahnya nak kekal berat 56 kg kan..heheh..lalallalal banyak makan ..tentuler berat mencanak2..aduhhhh...

Thursday, May 19, 2011

si hensom mama...


si adam kodam ..masa ne baru pandai meniaraP...comel aja aku tengukk..sekarang ne komain nakalnya..kejap2 merayap sana sini..penat mama tenguk..dahler sekarang ne susah nak tido..akan tido betul2 kalo dia dah mengantuk..alahai geramanya...tenguk rambutnya..mcm rambut org ppuan lak..heheh..jangan dah beso ko ikut mcm rambut kakak sudahler yer..












penipuan di Facebook

zaman semakin canggih..dulu mana ada sms , mms, facebook and the lates twitter...macam2 dari yg biasa hingga yg canggih..teknologi yg semakin berkembang luas..


dalam ertikata lain
[200px-facebooksvg.png]
 
Facebook adalah salah satu media social network yang sangat terkenal, dengan facebook kita dapat berinteraksi dengan berbagai macam orang dari seluruh dunia. Di Facebook kita dapat menampilkan profile diri kita, lengkap dengan foto-foto kita, bersosialisasi dengan orang-orang yang punya hobi sama, menjadi fans artis, berbagi cerita dan kegiatan kita, atau chatting online dengan user lain. Persoalaannya di sini ialah apakah kebaikan dan keburukannya kepada diri kita, keluarga kita



so berhati2 ler sbb bila2 masa kita boleh ditipu dan tertipu...

Monday, May 16, 2011

rumah oh rumah...

ari jumaat ari tu lewat balik coz ptg tu ada meeting pasal data staf kontrak..kena buat balik..his tension i dibuatnya..so ambil anak2 lambat sbb kena beli makanan..mama dia dah tentu tak sempat balik masak..ambil budak2 terus call huby..tak sabo nak tgk umah..huby kata takyah sbb rumah berabuk..aku bedegil nak tgk..so terus singgah..tak sabo wei...

kecik pulak rumah ne aku tgk..heheh biasa ler walaupun 2 tingkat tapi saiz kecik..jadiler ..harga rumah pon dah mahal sekarang ne..hehhe..ne dok bekira2 budjet nak beli langsir, kipas, lampu.. cat rumah ..cukup ker duit ne..aduh...pening2..nak buat kitchen  cabinet..nak servey kedai yg murah2 ne....semoga dipermudahkan urusanku..

nak basuh rumah ..api air takde pulak..kena sambung balik..ari tu tuan rumah potong..maunya seminggu tu..mmm..

Wednesday, May 11, 2011

bodoh punya manusia...

cilakak betul ler..lain kali bagitau ler awal2..ne menyusahkan org pulak..mana aku tak bengang..sepatutnya semalam aku dah dapat kunci rumah..alih2 bila laki aku nak ambil kerani yg handel tu kata tuan rumah yg lama tak settel lagi bayar bil2 cthnya api, air, syabas..

bongokk PUNYA LOWYER...lain kali dah settel baruler cal suruh aku datang...ingat aku ne laki bini x keja ker..sengal..setahu aku bayar2 bil tu sehari aja dah siap..tuan rumah pun macam cilakak..lembap..hangin tol aku..

Friday, May 6, 2011

Happy Mother Days

Happy Mother Days ....untuk semua ibu2 di dunia...tak terbalas jasamu mendidik dan menjagaku di sepanjang hidupku..terima kasih ibu.....buat ibu tersayang..Sharifah bte Hj Ros dan ibu mertuaku Satnah..selamat hari ibu..


Ibu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu





my birthday...:P

Happy birthday vector Happy Birthday Vector

hapy birthday to me...
hapy birthday to me...
hapy birthday to me...
hapy birthday to me...


ahad ne aku punya birthday..cepatnya masa berlalu..dah 31 tahun usia aku tahun ne..kek pon tempah dgn kawan aku..murah ker kek tiramisu kek 1 kg 55 hinggit..aku pon tak pasti murah kot ..hehheh..

seperti tahun2 yg lalu..aku dan huby sama bulan lahirnya..so nak jimat sambut sekali aja ler..heheh jimat kos..semoga tahun ini kami dimurahkan rezeki ..alhamdulilah...














































Thursday, May 5, 2011

yeppy..

minggu depan ambil kunci umah baru..setelah 1 tahun sebulan menunggu akhirnya saat ini tiba juga..tQ Allah memudahkan urusan hambamu ini..

banyak nak kena buat ne..weng kepala...ngehngeh...beli rumah org..asalnya org cina kenaler banyak nak betulkan..rabakler duit kali ne...

Wednesday, May 4, 2011

Bertuah Dapat Suami Mcm Nie ...

Bertuah Dapat Suami Mcm Nie (baca la, sy copy je)

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya




kepadamu wanita...agak dikau bahagia..

sekadar  renungan..adakah aku tergolong dalam kumpulan wanita2 ini...



Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.

Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.

Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.
Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.

Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.


Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.


Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.


Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.


Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.


Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

Kekasih tua bunuh siswazah...h/metro 4/5/11

dahsyat tol..org tua ne dah takde otak agaknya ..suka2 nak bunuh..


ALOR SETAR: Akibat menolak lamaran untuk berkahwin, seorang siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, maut ditikam teman lelakinya dalam tragedi berdarah di sebuah rumah di Taman Mahkota, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa, Ratna Sufizzahriyyanti Omar, 23, meninggal dunia di tempat kejadian apabila ditikam berkali-kali di badan, dada dan tangan dengan sebilah pisau oleh kekasihnya yang berusia 50-an.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Gurun, berkunjung ke rumah sewa suspek dipercayai untuk memutuskan hubungan mereka yang terjalin sejak enam tahun lalu.

Permintaan mangsa itu menyebabkan mereka bertengkar sehingga mendorong suspek mengambil pisau di dapur dan menikam mangsa berkali-kali.

Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka~



4 Orang Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.
Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita