Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal 2011

selamat tinggal 2011, tahun yg meninggalkan beribu kenangan pahit dan manis..
tahun yang mencpenuh warna warni..penuh emosi , penuh kenangan..ko doakan semoga hari2 yang mendatang membawa seribu kemanisan yang berkekalan untuk selamanya... amin...




Wednesday, December 28, 2011

Yusry & Lisa....

semoga berkekalan selamanya..suka betul aku kat copel dua org ne...






Toko Cina Warna Merah...

Apa perasaan koorg bila balik keja aja..nampak toko cina warna merah sblh rumah kita..bengang seh..

tak ler aku kisah sangat kalo benda tu ko letak depan pagar depan..ne dekat bebenor dgn rumah aku..setakat bau colok tu aku tak heran sangat..ne betul2 buat aku bengang..

bila aku cakap tu fengsui ko..ko kata sesuai..aku dah menyirap lagi..nanti ko aku simen pagar rumah tu..geram aku..ko tunggu aja ler..nanti aku buat tembok baru ko tau..aku ne marah ker tak..bodoh punya cina...


Saturday, December 24, 2011

Adlin oh Adlin.....

copy dari blog Beautifulnara


Kenapa Adlin Nak Marah Saya? – Chef Wan


Kemelut pertengkaran antara ADlin dan Chef Wan kini semakin membara (sila dengar lagu Bara nyanyian Awie sambil membaca entri ini). Walaupun Chef Wan mengakui yang dia tidak membaca pengisytiharan peperangan oleh Adlin di Facebook, namun maklumat tersebut sampai jua ke telinga Chef Wan menerusi rakan-rakan dan saudara mara. Dan hari ini, Chef Wan menerusi Hip Berita Harian mengulas mengenai isu ini.
chef wan dan adlin
Antara kata-kata Chef Wan yang menarik perhatian Abang Nara ialah:-
Saya memang tak baca dan saya dapat tahu pun daripada rakan-rakan dan peminat. Terus terang saya memang tak berminat untuk ambil tahu atau pun melayan sebarang kenyataan yang dikeluarkannya yang saya sifatkan sebagai tidak profesional dan penuh dengan emosional. Saya sendiri tak faham mengapa dia begitu marahkan saya walhal markah markah peserta bukanlah terletak di tangan saya seorang saja. Kalau lihat balik komen saya malam itu pun, rasanya tak adalah mengeluarkan perkataan melampau ataupun menggunakan bahasa yang kurang sopan.
Mengapa perlu mengaitkan perkara ini dengan serangan peribadi? Siapa dia untuk saya berbuat begitu? Mengapa perlu mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan apabila disingkir? Seperti yang saya katakan tadi, kalau lawak dia bagus, saya puji. Sebelum ini sewaktu dia membawakan watak Sangeetha dan Paramjadu, saya puji persembahannya walaupun ada peminat marahkan saya dan mengatakan pujian saya tidak ikhlas. Kalau saya terhibur dengan persembahan mereka, saya puji. Begitulah sebaliknya. Bagi saya, tak perlulah nak peningkan kepala mencari idea lawak sehingga merumitkan situasi. Apa yang penting, kita berikan apa yang penonton mahukan seperti yang dilakukan kumpulan Boboi dan Osbon yang sentiasa mendapat pujian juri.
Fikir punya fikir, betul juga kata Chef Wan. Kalau dah bagus, confirm la kena puji. Kalau tak bagus, kena la tahan telinga untuk dikritik. Easy as ABC. Tak gitu? Adakah Adlin teremosi lebih? Dan Abang Nara pun dah tengok kembali lawak-lawak Adlin sepanjang Maharaja Lawak Mega, serious tak kelakar langsung. Nak gelak kesian pun tak mampu.
Untuk membaca temubual penuh Hip dan Chef Wan, sila baca entri ini sepenuhnya.

Hip: Chef Wan ada baca status Adlin dalam FB yang mahu melancarkan ‘perang’ di laman siber?
Chef Wan: Saya memang tak baca dan saya dapat tahu pun daripada rakan-rakan dan peminat. Terus terang saya memang tak berminat untuk ambil tahu atau pun melayan sebarang kenyataan yang dikeluarkannya yang saya sifatkan sebagai tidak profesional dan penuh dengan emosional. Saya sendiri tak faham mengapa dia begitu marahkan saya walhal markah markah peserta bukanlah terletak di tangan saya seorang saja. Kalau lihat balik komen saya malam itu pun, rasanya tak adalah mengeluarkan perkataan melampau ataupun menggunakan bahasa yang kurang sopan.
Hip: Mungkin kalau bukan kerana Chef Wan membuat komen panjang lebar di status perkara itu tidak akan melarat seperti ini?
Chef Wan:Komentar itu ditulis itu bukanlah kerana saya suka-suka menulisnya. Pihak Astro sendiri yang meminta saya menulis ulasan saya mengenai persembahan keseluruhan setiap peserta untuk sesuatu minggu itu dan mahu saya membuat sebuah blog khas untuk menyalurkan pandangan saya. Saya buat semua itu adalah atas keizinan Astro dan perkara itu tidak perlu dipertikaikan. Bagaimanapun disebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menulis blog, jadi apa salahnya rangkuman komentar saya itu diletakkan di laman FB saya. Kebetulan peminat sendiri bertanyakan pandangan saya mengenai program itu saban minggu. Jadi saya rasa itu adalah cara untuk berkomunikasi dengan mereka yang menggemari program itu sambil bertukar-tukar pandangan.
Hip: Berdasarkan luahannya, Adlin mengatakan Chef Wan tidak layak untuk menjadi juri program itu hanya kerana tidak mempunyai latar belakang sebagai seorang pelawak.
Chef Wan:Pihak Astro mempunyai alasan apabila memilih mereka yang bukan dari latar belakang pelawak untuk menjadi juri atau pengkritik program itu. Mereka mahu kami mewakili penonton biasa. Bezanya kami dari kelompok profil tertinggi dalam bidang masing-masing. Sebagai orang biasa, jadi kami pun kena memainkan peranan sebagai penonton biasa. Formulanya mudah saja, kalau lawak yang ditonjolkan tak lucu, maka tak luculah. Kalau lawak mereka bagus, secara automatik kita ketawa. Dan siapa kata tiada unsur lawak dalam diri saya. Sewaktu mengacarakan program memasak pun, saya tetap berjenaka dengan penonton. Terus terang, lawak Adlin malam itu memang tidak menjadi. Ditambah dengan aksinya yang mempersendakan bapanya sendiri dan tidak peka dengan isu sensitif, jadi dia adalah calon yang memang layak untuk disingkir malam itu selepas berminggu-minggu berada di kedudukan terkebawah.
Hip: Ada yang menganggap, situasi ini berlaku ada kaitan dengan serangan peribadi.
Chef Wan:Mengapa perlu mengaitkan perkara ini dengan serangan peribadi? Siapa dia untuk saya berbuat begitu? Mengapa perlu mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan apabila disingkir? Seperti yang saya katakan tadi, kalau lawak dia bagus, saya puji. Sebelum ini sewaktu dia membawakan watak Sangeetha dan Paramjadu, saya puji persembahannya walaupun ada peminat marahkan saya dan mengatakan pujian saya tidak ikhlas. Kalau saya terhibur dengan persembahan mereka, saya puji. Begitulah sebaliknya. Bagi saya, tak perlulah nak peningkan kepala mencari idea lawak sehingga merumitkan situasi. Apa yang penting, kita berikan apa yang penonton mahukan seperti yang dilakukan kumpulan Boboi dan Osbon yang sentiasa mendapat pujian juri.
Hip: Rasa menyesal tak menerima tanggungjawab sebagai juri apabila berlaku kontroversi ini?
Chef Wan:Saya adalah seorang yang dikurniakan dengan hati yang keras. Datanglah halangan apapun, saya tetap menempuhinya. Sebelum ini pun banyak perkara kontroversi yang saya lalui dan ia sedikit pun tidak mematahkan semangat saya. Cuma pihak Astro ada juga menawarkan saya untuk menjadi juri program ini untuk musim hadapan tetapi saya tidak memberi kata putus. Bukan mudah menjalankan tugas juri, asyik disumpah orang saja seperti yang berlaku sekarang ini.

Thursday, December 22, 2011

Selesai Sudah Operasi SBPA

alhamdulilah berakhirnya sudah operasi SBPA utk staf tetap..selepas ne giliran untuk staf kontrak pulak..tapi takler sesusah staf tetap..

staf kontrak cuma berubah gaji sahaja ..tapi mcm2 nak buat ..rehat dululer penat..
petang ne nak bawak si adik gi klinik...
puncanya kena gigit nyamuk aja..digaru sampai jadi kudis..sekarang dikorek2 nampak daging..tension..

gi klinik utk ambil ubat ker ubat antiobiotik ker..kesian..
si kakak dah seminggu teman aku oty dia jadi bosan..semalam dia dah start meragam..menangis2..
tension..kesudahnya aku cubit dia..

sudahnya bangun pagi mata bengkak sebab banyak nangis ..anak2
ari ne kena balik awal..ari sabtu kena gi ofice buat staf kontrak..stress




Monday, December 19, 2011

BuAi BaRu

masa ai sibukne ler ko nak patah cik buai oit..geramnya...
masalahnya bulan ne ai terlibat dalam operasi paksa SBPA..
dahler huby jaga budak..si adik ne takde tak kisah kalo mama dia takde sbb biasa gi taska,
tapi dengan ddidy dia memang kena ada buai dgn umi dia si pengasuh tu tak kisah pulak ..

anak... anak...

kakak aku yg jaga anak aku ari sabtu hari tu pon cakap si adik ok aja ..tapi bila mama dia jaga memang cerewet betul..penat ai dibuatnya..

si buai ne harganya RM150 hinggit ...mahal betol..
tapi boleh dilipat..senang ler kalo nak balik kg...buai lama ne dah 5 tahun baya si kakak dia..memang dah uzur pon..dah di ikat la ne dah patah pon...takde buai tak tidor ler anakku....






Sunday, December 18, 2011

OTY Paksa utk OPSYEN PAKSA SBPA

nak tak nak kena oty gak..masakler pengasuh anak aku jaga si adam..mama balik lambat..
kat ofice ne pon dah beperang dgn si kakak..bukannya reti diam..
dah ler ofice ne ramai org lagi dia suka..mcm2 dia buat..

x takut org ..benda2 pelik semua dia nak tau..argh...

oty berkhidmat utk negara...nak pinar tgk gaji org besor2 ..
org sokongan mcm aku naik ciput aja..

Tuesday, December 13, 2011

Chef Riz Kawin

hahha penangan master cheff ...apa pon aku memang minat kat bapaknya chef wan ..
tapi kat master chef minat pulak anaknya..
selamat pengantin baru chef riz..

Photobucket




Jom Tenguk Ombak Rindu....

b bila kita nak date tenguk wayang ne..dah bertahun tak tenguk..
ala nanti ju booking aja kat astro life..boleh tenguk banyak kali ...

cis...melepas nak tenguk...
nanti download aja ler..dengar cita tiket dia sold out aja..hampeh...



gi jejalan kat Ampang Point..

sempat ambil gambor aliyah aja..
masa ne adam kodam dah meragam..geram tol ler..tadi dlm keta mama suruh tido tak mo..
ne mengada2 pulak..hilang mood nak shopping ne..ngeh2...



Astro ...astro...

hahah siut betul ler..time2 ne ler ko nak meragam..
siaran kegemaran aku banyak tak dapat cthnya tv2, tv3, tv9, warna..ceria..
ne mesti ada something yg x betul ne..

nak taknak panggil jugak jiran i yg keja astro..
budak ne tukarkan piring baru ..tak boleh jugak..

dah berhempas pulas rupanya rekoder astro rosak pulak..
habis ler mesti kena ratus2 ne..so adik ne tukarkan piring baru, dan ada satu alat apa tah budak ne cakap ribut pon boleh tenguk..entah betul entah tak...dan ganti rekoder and remot baru..

alih2 cuma bayar RM100 aja..yg lain dia bagi aja..
budak ne cakap "rumah saya banyak piring kak..saya bagi aja free"..bagus2
ko orang rasa mahal tak..heheh






Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ke 6

pejam celik pejam celik dah 6 tahun kawin..tahun ne takde apa yg istimewa..
hadiah pon lom collet lagi..b bila nak belikan i wallet baru..
nanti i tuntut janji yer...

selamat ulang tahun yer sayang...



Thursday, December 1, 2011

Ari Pertama Aliyah di Taska Koperasi UPM.

ari ne ari pertama anak daraku ke Tadika baru
seriusly takut pulak aku kalo dia tak dapat sesuaikan diri dengan persekitaran baru

tapi nampaknya dia yg beria2 dan tak sabar ke sekolah baru..aku cuma pesan jangan nangis yer...

kesian si adik dah takde kakak kat sekolah...



Nak Tenguk Filem Ne

ala ..nak tenguk nak tenguk..dahlama tak tenguk wayang..ne yg kena pegi ne...


Friday, November 25, 2011

Chocolate Mousse...


pergh sedapnya ..kalo belanja memang mesti beli 2 pack..
anak2 memang suka coklate ne..memang sedap sangat....

jom makan...



Asto...

parah bulan ne ..bil aku dari RM52 hinggit naik ker RM 80.45..duh penangan dari Maharaja Lawak Mega..lepas ne habis ada aku akan potong..siaran warna ne aku jarang tenguk..boshan...

koorg tenguk ler bil baru aku ne yerks......





Thursday, November 24, 2011

Musim Hujan

Bulan november memang musim hujan..ari2 hujan..baju pon tak kering
dulu sidai baju dlm bilik..la ne pindah rumah sidai baju kat luar tak kering2 lembab..

dan akhirnya aku hanger kat tangga ler jawabnya...rumah dah macam setinggan jadinya...sabo aja ler...





 


Wednesday, November 23, 2011

Tahniah Harimau Malaya...

baru sempat updater blog ..tahniah pemain2 Malaysia..begitu bersemangat waja..best tenguk..semangat berkobar..walahal selama ne aku tak penah pon tenguk bola..ne sebab Malaysia lawan gamaknya memang sanggup tenguk..tahniah kerana mengharumkan nama Malaysia mengalahkan Indonesia..



JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.
Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.
Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan.
Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.
Bermula dari saat itu, perlawanan berlangsung agak seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada waktu sebenar permainan, malah 30 minit tambahan pun tidak berkesudahan.
Setiap kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak pernah mengecewakan dan semalam dia membuktikan keupayaannya sekali lagi, komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga.
Dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar; salah seorang anggota skuad yang menjuarai temasya Vientianne dua tahun lalu melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan pingat emas buat kali pertama sejak 1979 yang mana ketika itu turut dilakar di Jakarta.
Tangisan para penyokong Laskar Garuda adalah difahami. Bukan saja tewas di bumi sendiri, malah sudah dua dekad tidak mengecapi kejayaan sejak mereka menang di Manila 1991.
Indonesia mungkin telah meraih 170 pingat emas (setakat pukul 12 tengah malam semalam dan jumlah itu dijangka terus bertambah pada hari terakhir hari ini), namun terlepas pingat emas bola sepak sudah tentu sesuatu yang mendukacitakan.
Andai mampu merangkul 200 emas sekali pun, luka mereka tidak akan terubat
Bagi kontinjen negara pula, sasaran baru 60 pingat emas yang diletakkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dua hari lalu sepatutnya dalam jangkauan jika petinju kita, Muhamad Farkhan Mohd. Harun mampu meraih pingat emas ke-59 kita.
Malangnya, dia ditumbangkan secara kontroversi oleh peninju tuan rumah, Alex Tatontos di Palembang.
Terdahulu Malaysia, dipimpin Fatehah Mustapa, membuktikan kejaguhannya dalam arena berbasikal trek yang tiada tolok bandingnya dengan menambah empat pingat emas di Velodrom Ramawangun. Begitu juga dengan gadis- gadis kolam renang kita yang menyapu bersih kesemua lima emas dipertandingkan dalam sukan renang berirama di Pusat Akuatik Kompleks Jakabaring.
Kontinjen negara dijangka tidak akan menambah pungutan pingat emas untuk menggenapkan angka 60 kerana hanya tinggal sukan paragliding yang bukan merupakan sukan harapan pada hari terakhir temasya .

Ia sudah lebih daripada memadai, syabas diucapkan!


Anak2 Ku X Cihat

penatnya menjaga orang yang tak cihat..mulu2 si kakak demam..muntah2..
la ne jangkit si kecik pulak...demam muntah dan cirit..habis pampers mama baru beli adik oit...
ari ne tak nak makan..minum susu pon x mo..semuanya tak mo..dok minum air vitagen aja..
malam2 pon ajak gi peti ais nak minum vitagen..tak bagi kesian so bagi aja ler..
si adik ne kalo demam memang tak mo org lain..dady dia pon x mo..nasib baik kat pengasuh ada umi dia dan kawan...
takde ler meragam sangat..aduh..tak lena tido malam dan yang seksanya mama dia ne ha...
cepat2 ler sembuh adik..karang tak minum..kurang air dlm badan..
kena masuk wad pulak..dah ler cuti mama tinggal 2 hari aja lagi..aduhhh
maunya nanti kena ambil cuti tanpa gaji gamaknya..stress...



Friday, November 18, 2011

Si Comel Tido

senang hati apabila budak kecik ne tido...waktu dia tido dari kol 7 malam hingga 5 pagi..
tapi pukul 5 pagi aja dah bangun..masa tu ler nak ajak main..menangis..
alahai..time tu ler mama ko ne nak melelapkan mata sayang oit...
apa pon tak boleh kalo ko dah bangun anakku...



Stok Kuih

ne kuih orang lama..best ...sejak jumpa kuih yang di frozen ne terus aku lupakan kuih2 yg terdapat di pasaran ..
bukakannya apa ..time beli yg jual kat pasar tani tu aduh rasanya x sedap lansung..
selain dari isinya yg sikit dan rasanya yang entah apa2 tak..
kalo nak beniaga pun makcik oit jangan ler nak ambil untung aja tanpa memikirkan kuantiti dan kualiti..
hampas tol...

kuih ne org lama yg buat 10 ketul dia jual 3 hinggit ..murahkan..
tahan lama pulak tu..yg penting sedap..
ada 3 jenis..karipap..kuih kacang dan cucur badak
tapi yang menjadi pilihan karipap dan kuih kacang...


Harimau baham Garuda

Bangga dengan Skuad Harimau Muda ...cantik game ..smart gool keeper..
good job pada semua...



EJEKEN penyokong Indonesia jelas hanya memerangkap diri apabila skuad Harimau Muda memalit kecewa besar kepada lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno dengan kemenangan 1-0 mengatasi Garuda, malam tadi.

Jaringan tunggal Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-18 berjaya menutup mulut penyokong lawan dan sekali gus melonjakkan barisan didik Ong Kim Swee selaku juara Kumpulan A dan akan bertemu Myanmar, naib juara Kumpulan B dalam separuh akhir, esok.
100,000 penonton gagal 'ganyang'
JERITAN “Malaysia Maling (pencuri)” oleh lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno ketika lagu Negaraku berkumandang, tidak melemahkan semangat pemain bawah 23 negara untuk merakam kemenangan 1-0 ke atas Indonesia, malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus melonjakkan pasukan kendalian Ong Kim Swee sebagai juara Kumpulan A dan meneruskan misi mempertahankan emas pada peringkat separuh akhir bertemu Myanmar, esok.

“Pemain menunjukkan watak mengagumkan malam ini (semalam). Tapi masih banyak perlu diperbaiki apabila kita menentang Myanmar dalam separuh akhir Sabtu ini. Bagi saya, setiap pasukan ke separuh akhir kuat dan harus waspada lagi,” kata Kim Swee.

Gol jaringan pemain lincah, Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-17 berjaya menutup mulut lautan merah di Gelora Bung Karno - hanya selepas tiga minit dia masuk menggantikan Wan Zaharul Nizam Zakaria yang mengalami kecederaan.
Selepas rehat, barisan pemain muda Indonesia yang agak tertekan dengan harapan disandarkan penyokongnya, mula menggandakan asakan dan bermain lebih keras menyaksikan Baddrol Bakhtiar dan Syahrul Azwari menjadi sasaran.

Kim Swee yang cuba menyuarakan rasa tidak puas hati atas permainan Indonesia kepada pengadil, Fahad Al-Kassar dari Emiriyah Arab Bersatu, diarahkan keluar padang pada minit ke-67.

Pengendali negara yang memberi arahan menerusi walkie-talkie kepada pembantunya, Yong Wai Hwang berjaya mengekalkan tumpuan pemain mempertahankan kedudukan 1-0 kekal hingga wisel penamat.

Wednesday, November 16, 2011

Cerita Drama Terkini....






argh...cerita terkini bulan ini ...layan aja ler..
komen cerita pasal Tihany..penuh saspen..geram betul aku pada mama dia tu jahat bebenor...
dan pasal Tentang Dhia..slow betul ler cita ne..boshan sungguh..tapi layan aja ler....



Saya Ada Tabung, Awak Ada?

SAYA ADA TABUNG, AWAK ADA ?

Muahahahha, soalan macam budak tadika, awak-awak, saya ada tabung, awak ada tabung tak ? Mesti ada kan kan kan. Bagus korang, bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dulu saya praktik kan ketepi kan seringgit setiap hari dalam tabung saya, dah lelama sikit saya tambah kan jadi dua ringgit sehari, sampai lah sekarang ni, saya telah mempraktikkan untuk mengenepikan lima ringgit setiap hari untuk tabungan saya. Bab menyimpan duit bulanan dalam bank tu lain citer ehhhhhh, yang saya praktikkan ni bab menyimpan duit tabung sendiri kat umah tu.

Pada saya, disiplin sangat penting dalam tabiat untuk menabung, saya tak pernah miss mengenepikan duit untuk disimpan setiap hari dan apa yang saya praktikkan dari dulu, saya tak akan menggunakan duit tersebut sehingga cukup tabungan saya untuk setahun. Memang nampak macam kelakar je nak simpan duit seringgit sehari, tapi bila dah cukup setahun tu, tup tup dah ada 365 ringgit dalam tabung, tak ke best ? Dari situ lah saya up kan sedikit demi sedikit tabungan saya sampai lah sekarang.

Biasa nya bila dah cukup tempoh setahun saya menabung tu, saya akan gunakan duit tu tanpa rasa bersalah, tanpa rasa terkilan, mahupun rasa teragak-agak untuk menggunakannya, duit tabungan ni lah saya gunakan untuk beli dan buat apa saja yang saya suka. Hujung bulan Mei ni cukuplah tabungan saya untuk digunakan, sehari lima ringgit, hujung bulan Mei ni saya ada RM1,825 untuk digunakan sesuka hati saya, yahoooooo !

Pada kawan-kawan yang belum menabung, jom mulakan tabungan korang dengan kadar seringgit sehari ye, selamat menabung u allss !

Pengajaranya..nak tiru cam akak..nak saving jugak...

copy right dari blog kak Shibam Jelita ..best baca blog akak...


Tuesday, November 15, 2011

Sudah2 ler Mengutuk Chef Riz-Master Chef

Memalukan saya - Chef Wan




CHEF Wan (tengah) bersama Chef Riz  dan seorang lagi anaknya, Serina.




KUALA LUMPUR - Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail menganggap isu memperincikan butiran profil kelayakan secara berlebihan anaknya, Chef Mohd. Nadzri atau Chef Riz sebagai satu perkara yang memalukan bukan sahaja kepada anaknya tetapi diri beliau dan seluruh ahli keluarga.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chef Wan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan tindakan anak lelakinya itu melalui kenyataan terbuka di laman sosial Facebook miliknya semalam.Beliau turut meminta Chef Riz, 29, memohon maaf kepada orang ramai dan menerima apa sahaja kesan terhadap apa yang dilakukannya itu.

Katanya, Chef Riz mungkin tidak faham bahawa apabila menjadi terkenal dan berbakat, maka akan ada pihak yang tidak senang dan timbul perasaan hasad serta dengki.

"Populariti dan berbakat akan membuatkan ramai orang tidak senang duduk dan cuba mencari kesalahan kita."Padanlah muka dia," kata Chef Wan yang memberitahu isu itu secara tidak langsung menjejaskan reputasi Chef Riz.Chef Riz sebelum ini didakwa memberikan profil mengenai dirinya secara kurang tepat di laman MasterChef Malaysia dengan menyatakan pernah bekerja di dua buah restoran terkenal di Amerika Syarikat iaitu sebagai 'Chef de Cruisine' di Babbo dan 'Sous Chef' di Le Bernardin.

Beliau merupakan salah seorang daripada lima juri dalam program MasterChef Malaysia yang bersiaran setiap Sabtu hingga Rabu di Astro Ria.

Antara juri lain yang terlibat ialah Chef Zubir (Zubir Mohd. Zain), 45; Chef Priya (Priya Menon), 53; Chef Jo (Mohd. Johari Edrus), 55; dan Chef Yahya (Yahya Hassan), 49.

apapun yg terjadi Chef Riz dah mintak maaf secara terbuka..sudah2 ler yer dari mengutuk dan mencaci dia...


Cantiknya Fazura

fazura majalah lisa

credit to beautifulnara dan fb Fazura...

memang aku minat sangat kat fazura ne..comel aja aku tenguk..

Kes Buang Bayi Lagi...

‘Beg bergerak-gerak’

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
COMEL...Zaitul Najahah mendukung bayi yang ditemui.
COMEL...Zaitul Najahah mendukung bayi yang ditemui.
ALOR SETAR: Seorang jururawat tidak menyangka beg kain berbelang merah putih di bawah pokok yang ditemuinya berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, di sini, semalam, mengandungi bayi lelaki baru dilahirkan.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, bayi dalam keadaan berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih itu dipercayai baru empat jam dilahirkan.

Bayi seberat 2.6 kilogram (kg) yang masih bertali pusat itu ditemui jururawat berkenaan yang baru saja meletakkan kenderaan di kawasan itu untuk memulakan tugasannya di klinik.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu berkata jururawat itu membuka bungkusan itu dan terkejut apabila mendapati ada bayi lelaki di dalamnya.

“Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru empat jam dilahirkan dan mukanya masih kemerahan selain tangannya dihurungi semut. Bayi itu ditemui di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, di sini.

“Jururawat itu ternampak beg kain berbelang merah putih di bawah pokok berhampiran yang kelihatan bergerak-gerak sebelum menghampirinya. “Dia mendapati seorang bayi lelaki yang hanya berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih di dalam beg berkenaan dan terus membawanya ke klinik sebelum menghubungi pihak polis,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Baharom berkata, bayi terbabit dirawat di klinik kesihatan itu dan dilaporkan dalam keadaan sihat.

Katanya, polis turut menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran, namun belum mendapat petunjuk. “Berdasarkan siasatan awal, polis percaya bayi berkenaan berketurunan Melayu. “Setakat ini, kami masih berusaha dan sedang mengenal pasti beberapa petunjuk bagi menjalankan siasatan berhubung kes ini. “Kami mendapatkan rakaman CCTV di kawasan berhampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi dan memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. “Kami minta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Zaitul Najahah Abd Patah di talian 04-7321222,” katanya.


Nasi Dagang...yumy

first time makan nasi dagang..sebelum ne memang tenguk aja kekawan makan tapi tak mo cuba..lalu kat pasar malam pon banyak org jual..pon aku tak mo cuba..ne haha ada org belanja..try aja ler ..lapor tahap gaban ne..tapi walah..sedapnya...tak sia2 mencubanya..tq pada Dato Dr. Nik yg belanja menu tengahari ari ne...lauk ayam dan ikan...

terbaek....

Suka Tonton...

CSI: NY Poster

CSI: Miami Poster



wajib tonton...hahha dulu2 memang rajin tenguk..sekarang wa...tak sempat tengukk...dulu tido depan tv sekarang tido bilik atas..selalu mis cita ne...tapi dulu memang suka tenguk best..layan aja ler...

Monday, November 14, 2011

Sekadar Renungan Untuk Para Suami Isteri....

Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?



1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.


Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Kenapa Wanita Merajuk...

Kenapa Wanita Merajuk


Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk? Hasil dari kajian, jawapan nya ialah: (Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)
1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.
2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.
3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.
4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.
5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.
6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.
7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.
8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.
9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.
10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.
11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.
12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.
13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.
14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.
15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.
16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.
17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.
18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.
19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.
20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri
21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.
22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.
23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.
(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).
1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.
2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.
3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.
4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.
5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.
6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb osankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.
7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.
8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.
9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.
10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.
11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.
12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.
13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!
14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.
15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.
16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.
17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.
 
 
 

Big Apple...yumy



dah lama tak pergi Alamanda..dan dah lama teringin nak makan big apple..yumy akhirnya tercapai juga idaman kalbu...sedapnya...dah mahal sikit satu RM 2.50...

Saturday, November 12, 2011

MaStEr cHef oR CiNtA ElYsA...

antara master chef dan cinta elysa..dua2 best..anak aku takyah dicakap dua2 dia suka..kalo boleh ari2 nak tenguk master chef...sabor aja ler..

anak aku cakap" kakak suka tenguk dua2..mana satu kita nak tenguk yer mama..."
mama: kita tenguk cinta elysa aja ler..master chef esok kan ada..ngeh2...




Friday, November 11, 2011

GeDiK sAnTaI di GiAnT, PuTrA PeRmAi...

disini ler selalunya kami bawak anak2 bermain..GIANT PUTRA PERMAI..dekat dengan rumah ..nak gi jejauh tunggu si kecik ne besor sikit..bukannya apa..penat oit budak kecik ne tak reti dok diam dlam keta...

kalo gi giant ne ad mainan untuk budak2..penat2 nanti upah askrim..ne keletah budak2..yg bestnya si adik dah pandai main..bising mulut dia...











mArI MaiN MaSaK2 dan AnAk PaTuNg

tersengeh dgn air liur meleler budak kecik ne..abis periuk mama ko bawak main masak2 yer...

kakak dengan gaya ala2 princes..pening mama tenguk..

sibuk mengacau 2 periuk yg dalamanya ada mainan..janji senyap..

fesyen apa ko pakai ne kakak..gedik semacam...

macam ne ler perangai anak2 bila time cuti sabtu ahad..rumah berkemas sekejap aja, lepas tu berselerak dengan mainan2..makanan2..bising mengalahkan taska pulak gayanya..




11/11/2011

cantik tarikh ne kan...ada yg melansungkan perkahwinan, bertunang, menimang cahaya mata dan macam2 peristiwa berlaku..

Friday, November 4, 2011

MiNgGu Yg BuSy

aduh..dekat2 nak raya haji ne..aku lak busy..dgn handel surat tawaran kontrak lagi..dgn nak on gaji lagi..mampus kalo ada yg tak dapat gaji karang..kesian...

tahun ne beraya haji disini sahaja..kewangan bulan ne tak mengizinkan untuk balik kg..stress..

selamat hari raya aidiladha..sedih jugak bila call mak kat kg..biasa ler bonda ku ..kalo boleh nak anak2 dia balik beraya kat kg..tapi biasaler semuanya ada komitment masing2..rindu kat bondaku...selamat hari raya aidiladha mak..senoga sihat2 selalu...

Tuesday, October 18, 2011

Kelar bayi dalam asrama -realiti dunia sekarang

dunia akhir zamana..begitu tipisnya nilai2 kemanusiaan zaman kini..dimanakah hilangnya naluri kemanusiaan..

Kelar bayi dalam asrama

MAUT...anggota polis membawa mayat bayi perempuan yang dikelar ibunya.
MAUT...anggota polis membawa mayat bayi perempuan yang dikelar ibunya.
BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.

Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.


Monday, October 17, 2011

riang ria adam haikal


dipetang yg redup..bawakler anak2 gi main taman..amboi kemain di kecik ne..memang dah pandai bejalan tapi pantang nampak tanah or apa2 barang kat tanah tu..cepat aja nak mengutipnya..nasib baik ada dady dia boleh ler jaga..penat nak melayan dia main..



amboi komain yer si kadam ne ada hati nak panjat..mcm pandai...

kena penjara..

cute lak gambor ne..hahahh


nak main..nak makan semuanya nak buat sekali..

mama ambil gambor kakak lak...kakak memang suka main taman..