Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik!!!
Tertarik
dengan cerita di bawah ni, banyak pengajARAn untuk kita :)
Jom teruskan
baca kisah di bawah ni :)
Suatu hari
pasangan kekasih ni nak kuar dating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah
makwenya…
Gadis
: Masuklah dulu, jumpa dengan ayah
saya.
Teruna
: Boleh ke?
Gadis
: Masuk je lah, saya nak bersiap
Menyusup
masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan
kedatangan si Teruna.
Teruna
:
Assalamualaikum.
Bapa Gadis
:
Waalaikumusalam.
Melihat pada
lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis
menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.
Gadis :
Mari, duduk kat
kerusi
Teruna :
Eh..
Setelah
tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap
bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.
Bapa
Gadis : Nak jalan kemana hari ni?
Teruna
: Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah
saya
Bapa
Gadis : Oh..
Teruna :
??
Hampir 5
minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan
ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum
kelat.
Ibu Gadis
: Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna
: Ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu Gadis
: Kamu ni malu-malu pula dengan kami.
Teruna :
Segan cik. Hehe
Bapa
Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu Gadis
: Eh. Apa ayahnya ni?
Teruna
: Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa
Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata
nanti?
Teruna
: (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah
yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh
saya tanya cik sikit
Bapa
Gadis : Boleh takde masalah
Teruna
: Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa
ye?
Bapa
Gadis : Kalau boleh 20 ribu
Ibu Gadis
: Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari
orang sebelah ni
Teruna :
Berapa tu mak cik?
Ibu Gadis
: Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak
lelaki
Teruna :
(Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..)
Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa
Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah
satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand
camtu.
Si teruna
hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba
berbincang untuk merendahkan harga si gadis.
Teruna
: Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?
Bapa
Gadis : Itu kenalah tanya maknya
Teruna :
(Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu Gadis
: Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik
anak
Bapa
Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna :
(Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan
tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang
jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?
Bapa
Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi
dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu Gadis
: Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk
pulak.
Bapa
Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu Gadis
: Abahnya!
Teruna :
(kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi.
Boleh tak dia baca quran?
Ibu Gadis
: Boleh sikit-sikit kot
Teruna
: Kali terakhir bila?
Ibu Gadis
: Err. Darjah 1 agaknya.
Teruna
: hmm..
Ibu Gadis
: Kenapa?
Teruna
: Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa
Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau
la.
Teruna
: Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari
datang bulan. Dia tau solat atau tak?
Hampir
terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat
tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.
Teruna
: Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti
mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia
terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu
untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis
dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100
ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih
untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah
serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis.
Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk
menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan
kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis
perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat
pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si
suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.
Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si
suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu
semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri.
Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa
Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan
sekali seumur hidup.
Teruna :
Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa
grand?
Ibu Gadis
: Tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna :
Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik
yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung.
Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan
dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.
Ibu si gadis
segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si
ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si
gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa
Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan
kami.
Teruna
: Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat
sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa
agama.
Bapa
Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu
tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna :
Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang.
Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa
Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main
sedap mulut je.
Teruna :
Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina
dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa
perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa
menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan
dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya
mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula
memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang
pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu
pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa
Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna
: Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru
boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia,
dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta
izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu
yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa
tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja
yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan
jadi berat.
Bapa
Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain,
da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia
makan
Teruna :
Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah
bagitau?
“Dan
kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan
orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka
miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya
kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”
(an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun
pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada
dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang
kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun
tak mau perkara-perkara tak elok kan.
Senyap tanpa
kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis
memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat
akal.
Bapa
Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu
tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira
apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap
basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna :
Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat
Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak.
Bagus-bagus.
Bapa
Gadis : Serius lah sikit.
Teruna :
Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul
urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin.
itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik,
saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap
kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu
syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia.
insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha
baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita
masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah
lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang
dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang
je.
Azan zohor
berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si
teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama.
Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk
keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah
dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari
penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di
balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si
teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari
jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat
pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap
ayahnya.
Ibu Gadis
: Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni.
Kita sambil lewa abahnya.
Bapa
Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi.
Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik
kamu.
Gadis :
Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..
Si gadis
terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna
yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja
diterima daripada si gadis
“Andai Allah
telah memilih dirimu untukku,
aku redha
dan akan terus bersama mu,
aku juga
akan terus pada agama yang ada padamu.”“ : )”
“Petang ni
takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar
rombongan.”
Kredit
to halimrahman, mrbaiz.blogspot.com..tq ...