Thursday, June 18, 2015

Penjawat awam dapat duit raya...yey yey...

PUTRAJAYA – Lebih 2.1 juta penjawat dan pesara awam di negara ini boleh tersenyum gembira selepas kerajaan semalam mengumumkan pemberian bantuan khas duit raya dengan jumlah kese­luruhan bernilai lebih RM1 bilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar kecil) berkata, kerajaan telah bersetuju memberikan bantuan khas kewa­ngan sebanyak RM500 seorang untuk penjawat awam Gred 54 dan ke bawah.
Beliau turut menyampaikan berita gembira kepada lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen apabila mengumumkan bantuan khas dengan bayaran berjumlah RM250 seorang.
Katanya, kedua-dua pembayaran berke­naan akan dibuat pada 25 Jun ini yang melibatkan anggaran kewangan berjumlah lebih RM1 bilion.
“Bayaran ini bagi membantu dan meri­ngankan beban kewangan penjawat awam membuat persiapan menyambut Ramadan dan Aidilfitri,” katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-14 di sini semalam.
Najib yang juga Menteri Kewangan, turut mengumumkan satu lagi berita baik kepada 1.1 juta kakitangan kerajaan gred 41 dan ke bawah apabila menaikkan kadar terendah imbuhan tetap perumahan daripada RM180 kepada RM300 sebulan.

sumber: Kosmo


Alhamdulilah...syukur padamu Ya Allah..

Salam Ramadhan Al Mubarak..2015

Alhamdulilah ..masih berkesempatan menunaikan tangungjawab..


semoga ramadhan ini dirahmati ilahi hendaknya..




jangan lupa niat puasa...heheh..