Saturday, March 31, 2012

Earth Hour 2012



malam ne jom tutup lampu...sempena menyokong kempen selamatkan bumi kita..heheh nanti aku google pasal earth hour ne yer..ari ne tak sempat bz..buat Oty RKP..sambil2 tu sempat aku curi2 berblog..
ngeh2..

Apa itu Earth Hour?

Seperti yang semua tahu, Earth Hour ni adalah global event yang dibuat oleh World Wildlife Fund (WWF) disebabkan oleh perubahan iklim yang drastik. Tahun-tahun sebelum ini, boleh dikatakan Earth Hour ini berjaya kerana telah banyak negara turut serta  dengan menutup lampu di bangunan – bangunan yang menjadi mercu tanda negara mereka.

Serba sedikit sejarah mengenai Earth Hour ini adalah ianya bermula pada 31 Mac 2007 di Sydney, Australia dimana seramai 2.2 Juta penduduk Sydney menutup lampu pada pukul 7.30 malam waktu tempatan. Tahun 2008 pula Earth Hour diadakan pada 28 Mac 2008 di mana sebanyak 35 negara dan 400 bandar telah menyertai program ini dan menutup lampu dari pukul 8 hingga 9 malam.

Setahun selepas itu Earth Hour diteruskan juga pada 28 Mac 2009 di mana kali ini kira-kira 88 negara dan 4,159 bandar (10 kali ganda daripada jumlah pada tahun 2008) menyertai Earth Hour. Pada tahun 2010, Earth Hour berlangsung pada 27 Mac 2010 di mana ia dikatakan Earth Hour terbesar dengan penyertaan 126 negara seluruh dunia.

Ada beberapa kebaikan dalam Earth Hour ni dan antaranya adalah :

§  Menjimatkan elektrik  - bayangkan berapa banyak jumlah penggunaan elektrik berjaya dikurangkan terutamanya di pusat-pusat bandar. Sekaligus mengurangkan suhu bumi yang  
                                         kian meningkat kini.

§  Menginsafkan diri        - dulu datuk nenek moyang kita hidup tanpa elektrik membesarkan orang tua kita. Betapa susahnya kan? Kita patut bersyukur dilahirkan dalam keadaan
                                         serba lengkap

§  Mengingatkan kita       - bahawasanya bumi ini memerlukan jagaan kita. Jadi janganlah kita membazirkan sumber yang ada, merosakkan apa yang ada di muka bumi ini, dan lupa  
                                         akan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini.

Tutup suis lampu pada jam 8.30 – 9.30 malam, 31 Mac 2012 ( Sabtu). Jangan lupa tau…

“Bumi ini tidak diwarisi daripada nenek moyang, bahkan kita meminjamnya daripada generasi akan datang”

tq google..



Friday, March 23, 2012

SPM 2012

Keputusan SPM: Indeks gred purata bertambah baik


PUTRAJAYA 21 Mac – Pencapaian keseluruhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 bertambah baik dengan indeks Gred Purata Nasional (GPN), 5.04 berbanding 5.19 pada tahun sebelumnya.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, sejak 2007 hingga 2011 nilai GPN pada setiap tahun memperlihatkan peningkatan pencapaian calon secara berterusan.
"Seramai 506 calon sekolah Kementerian Pelajaran telah berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A ) bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 363 pada 2010.
"Bagi calon selain dari sekolah kementerian pula, seramai 53 pelajar telah berjaya memperoleh gred A bagi semua pelajaran berbanding 40 pada 2010," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman Pembentangan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011, di sini hari ini. – UTUSAN


teringat zaman2 sekolah dulu...dah hampir 15 tahun berlalu..zaman sekolah dulu banyak kenangan2 pahit dan manis...

aku dulu time sekolah dulu memang suka aja gi sekolah..
dapat jumpa kawan2..belajar..
tapi paling tak suka bila time periksa..sampai terdikir kenapa mesti ada PEKSA..
bosan tol...
tu zaman sekolah aku dulu ler..

zaman sekarang yg makin canggih tentu lain pulak pemikirannya kan..zaman aku dulu hp , astro pon takde..sekarang ada mcm2..teknologi terkini ...

so

SPM kali ne tahniah buat anak buah ku

AMIR HAMZAH yg berjya dapat 7A dan 2B+..teror ler tu..

dan Anak buahku jugak NAZATUL AZREEN..
azreen..walaupon tak banyak A tapi tu bukan penamat perjuangan..

perjuangan masih belum selesai lagi.

semoga hari2 yg mendatang perjalan hidup akan lebih baik lagi hendaknya..

.amin..



Tuesday, March 20, 2012

Budak Hilang Lagi...





minggu ne aja memang musim budak hilang..kesian..semakin hilangnya nilai2 kemanusiaan..
manusia benafsu binatang...

semoga anak2 kita semua dihindari dari bahaya ini..amin...


Mood backing kek dan pizza

lambat lak nak berblog..mcm ne ler aktiviti aku kalo tak malas...

buat kek..bukan apa..dua2 anak aku kuat makan..

kalo takde makanan bising ler mcm burung berkicau jadinya...asik2 bukak peti ais kerjanya...
sabor aja ler...


piza tuna dan sosej untuk budak2...



budak2 beruda ne tak sabor nak makan..panas2 lagi ne..


a'ah ne kek stawberi..hahah

anak aku cakap "lain kali kita buat kek coklat yer mama" kakak tak bapa suka sangat kek ne..

si adik belasah aja...hehehh



BeErGusti


malunya umah besepah...hahah masa ne budak2 ne baru lepas makan..
tak berbaju terutama sekali budak kecik tu ha..

apa lagi dibulinya si kakak..bergusti..memang seronok tenguk dua2 begusti

tapi bila dah menangis..haah..kena ler cubit..tak kiraler kecik ker besor..

biar dua dua rasa..heheh

Tuesday, March 13, 2012

Tukang Sapu..


alahai kelakarnya aku tenguk..macam bibik pulak mama tenguk..
kawan2 pon cakap mcm anak ppuan ..butang baju dah terbuka..mcm pakai skirt..

dah ler tu topi pulak topi kakak dia..hahah sebijik anak ppuan...


masa ne semua dah jatuh..nak main besikal lak...
dengan topinya..dengan botol susunya..adam..adam...


Monday, March 12, 2012

Kek coklat lagi...

tq pada kak hasnidar..kali ne kek coklat tidak terbelah lagi tengahnya...sedap..
pertama kali buat jadi..selalunya jadi tapi tak sesedap yg ini..

yg paling suka tentuler si adam ne..sampai comot baju dia dibuatnya...

kalo aku tak bagi dia ambil sendiri dlm peti ais..sbb mama dia dah potong kecil2..mudah dimakan..




aku potong dua..masuk dlm bekas..mudah nak simpan dlm peti ais...



Klinik Panel...

beruntungnya aku..nasib baik keja gomen..kalo sakit..gi klinik aja..isi borang aja takyah keluar duit..

cuba bayangkan macam mak aku tu aja..gi klinik sebab semput aja dah kena 70-100 hinggit..
nak murah gi sepital..

aku dapat bayangkan kalo anak ramai..nak murah kena gi sepital kerajaan...tunggu ler lama..
sampaikan demam dah jadi kebah dah sbb tunggu lama sangat..

alhamdulilahler..aku bersyukur sangat dgn apa yg aku ada..

koorg bayangkan ubat 2 ne aja dah 93 hinggit..kalau aku beli kat farmasi entah kena bapa ler agakmya kan...dan kalo aku keluarkan duit sendiri..habis duit makan aku utk 10 hari...


ne ubat batuk 2 botol, ubat semput 2 papan..
ubat ulser utk anak2, ubat demam utk adam,
ubat melawaskan buang air besar utk adam..

dan

paling aku tak tahan syampo kutu utk si adik dan si kakak..buat malu mama aja..
koorg ne gi taska ker menternak kutu..geram tol..

ada makbapak budak2 ne anak ada kutu ko gi ler beli ubat kutu..
naik geli aku tgk kepala anak2 ko tu..

kalo tak menjangkit tu takper ler jugak..mak apaler ko ne..hangin aku tenguk...





Thursday, March 8, 2012

Selamat Hari Wanita ....




selamat hari wanita kepad semua...

best lagu ne...

Wahai wanita
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa
Umur atau rupa
Oh asalkan kau wanita
Kau buat ku gila
Bila kau menggoda
Bila kau mengada-ngada
Oh lirikan mata senyuman manisnya
Oh kau buat aku tergoda

Chorus
Oh wanita seluruh dunia ku ingin kau tahu
Yang aku cinta kamu semua
Wahai permaisuriku
Dan walaupun ku tak mampu membahagikan diriku
Kepada wanita seluruh dunia
Lagu ini lagu cinta untuk kamu semua
Untuk kamu semua
Wahai wanita
Adakah kau mengerti apa yang aku kata
Kamu semua adalah inspirasiku bila ku berkarya
Ku tuliskan lagu hanyalah untukmu
Untuk buat hari kau ceria
Dan aku tak kisah mana kau berada
Ku ingin kau dengar ku berkata
Ulang Chorus
Wahai wanita
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa
Umur atau rupa
Oh asalkan kau wanita
Ulang Chorus
Lagu ini lagu cinta
Untuk kamu semua
 
 
 

SPBA Dimansuhkan, SSM KEKAL...

Pastinya semua penjawat awam telah maklum dan akur dengan keputusan pihak kerajaan bagi pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak sebentar tadi. Diantara Intipati ucapan PM diperhimpunan khas penjawat awam pada hari ini adalah pembatalan SBPA sebagaimana berikut:

 alhamdulilah...rezeki...berita gembira....

Wednesday, March 7, 2012

Aktiviti Hujung Minggu..

layan pic2 ne...malam jumaat ari tu sempat buat kek lagi ..oreo cheese cake..sedap..

bersempena birthday kakak...minggu ne nak buat kek coklat pulak...





si kecik dah tak sabor nak makan...


lepas jalan2 Giant..masa utk makan...lama tak makan nasi ayam penyet...

gi makan kat Aunti Ani Soup ..nak gi makan kat bangi jauh..makan dekat2 area umah aja ler...

dah tukar baju dah..terlebih mengencis ..basah baju ...



ini ler rupanya..nasi ayam penyet ...




Friday, March 2, 2012

LANGKAWI ...


tajuk aja gempak...tapi ne aku pesan orang tolong belikan...

bila ler nak merasa gi Langkawi lagi..dulu2 pegi zaman bujang..

la ne kena tunggu anak2 besor ler gamaknya..bestnya kalo gi jalan2 kan...


Shoping Jalan TAR...







fuyoooo...banyakkan aku beli...8 pasang baju ela..sampai sarat beg sandang aku ..serius penat ..dah lama tak gi sana..

sempat beli tudung dlm 6 pasang..lupa lak nak snap..nak pegi dgn huby dia tak mo bawak..

so gi dgn kawan ajaler...walaupun musim raya jauh lagi..tapi ne dah beli awal2 senang ...

tu pon nanti kena  beli baju kurung utk tema raya sepasang dgn si anak dara..baju melayu utk hubby dan si kecik..

tu tak termasuk baju tshirt utk budak2 ne..kena kumpul duit...nanti nak shopping masa jjcad nanti...



Buah Hati Mawi & Ekin...