Friday, July 27, 2012

Happy Birtahday Adam....

27 Julai 2012..happy birthday adam..
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
semoga bila besar nanti jadi anak yg soleh..

mama sayang adam...


 balik dari taska..adoi comotnya baju anak mama ne...


 kakak yg terlebih over..
dah tak sabar ne ...kata kakak

 kakak tolong kopekkan coklat...adik dah baham dah kek..



 alahai tomotnya anak mama...

Kadar Bayaran Zakat Fitrah

semua org dah bayar zakat fitrah..dulu2 masa kita kecik mak pak yg tanggung..
bila dah start kerja bayar sendiri ler..
sekarang dah bersuami..biar suami ler tanggung..heheh


ne ler kadar bayaran zakat fitrah..wajib kita bayar setahun sekali...

Suratannya..

Thursday, July 26, 2012

Bonos Raya...

salam ramadhan ..ari ne dah masuk ari ke 6 kita berpuasa..
cepat sungguh masa berlalu kan..

semalam dapat ler perkabaran gembira..alhamdulilah rezeki di bulan posa ne..
dapat bonos raya..

untuk kakitangan kerajaan semua..mesti happy kan..alhamdulilah..tq PM..

Tuesday, July 24, 2012

Diet oh Diet...



Terkejut juga kami apabila membaca sebuah artikel yang mengatakan bahawa Watie Elite sudah hampir setahun tidak makan nasi. Iya lah, siapa yang tahan tak makan nasi kan?
Dalam laporan mStar Online hari ini, Watie mengaku dia sudah hampir setahun tidak menjamah makanan ruji itu dan akan merasa mual jika memakannya. Antara sebab dia tidak mahu menjamah nasi adalah kerana dia ingin mengekalkan bentuk tubuh badan yang cantik.
“Hampir setahun dah saya tidak makan nasi kerana ingin mengamalkan diet selepas kagum melihat kelangsingan tubuh kakak saya walaupun sudah berusia lingkungan 40-an. Kini saya langsung tak boleh makan nasi dan kalau nak rasa pun cuma sedikit sahaja.”
Bagus juga kekalkan bentuk badan, bertambah sayanglah Joey pada Watie bila melihat isterinya sentiasa kekal cantik bergaya. Maklumlah, selalunya apabila seseorang wanita itu sudah berkahwin, jarang mereka mahu menjaga badan. Anda bagaimana pula?
OHBULAN! : Teringat seorang kawan ini, dari awal kenal sehingga sekarang memang tak jamah nasi. Lauk saja yang dimakannya.

Friday, July 20, 2012

Melawat Baby Bos Dalina

dah masuk 9 hari dah bersalin..baru sempat melawat..









Salam Ramadhan..

alhamdulilah...
masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan yg penuh mulia ne..




so jangan lupa niat bulan posa yer kawan2...



 



semoga ramadhan kali ini menambahkan amalan kita hendaknya..amin...




Thursday, July 19, 2012

Frust dgn ending AMEERA...


Doa untuk Anak Cerdik & Pandai...


Meeting Bahagian HRM..


majlis ini bersempena dengan kedatangan awal Ramadhan 
dan majlis perpisahan bos besar kerana sambung belajar..

sebahagian dari staf ofice Pejabat Pendaftar..

dah namanya admin pentadbiran..mestiler ramai stafnya..
handel satu UPM..koorg jgn terperanjat...


Wednesday, July 18, 2012

Budak2 Zaman Kini..


budak2 sekarang...macam2 perangai
aku pon teringin gak nak beli hp canggih, beli tab baru.
.tapi takde ler sampai terfikir nak buat benda ne..

dulu masa study kat jb dulu...harapkan duit tajaan mara tu aja..
nak beli komputer pon tak mampu tau..zaman tu memang ada komputer pon dah canggih..

ko bayangkan harga dulu 5-6 ribu..mana cukup..nak buat assigment gi ler ko kat cc..
takde ler mcm skrg memang mak pak koorg dah belikan utk kemudahan ko..

rumah yg aku sewa tu rumah flat ..dekat dgn the zon..pusat bebas cukai..
koorg ckp aja stulang laut kat org jb mesti diorg tau...
org2 singapor memang suka shoping kat sini..
ada pusat hiburan..

kalo ko nak gi disko mabuk2..boleh jer ..
tempat ne kalo  jalan kaki dari umah sewa aku 10 minit dah sampai...

tapi aku takde ler terfikir nak buat benda tak senonoh tu..
kalo takat tgk kekawan pakai baju seksi2 tu..gi clubing tu..tak heran pon...

takdeler pon aku nak ikut2 perangai diorg..
singkat betul pemikiran budak2 zaman sekarang ne kan..
takut aku tgk..aku kan ada anak ppuan..


JOHOR BAHRU: Kegilaan terhadap pelbagai gajet dan alat telekomunikasi canggih menyebabkan seorang gadis berusia 14 tahun menjual tubuh termasuk meniduri lelaki berusia 60-an bagi mendapatkan wang untuk membeli barangan kegemaran mereka itu.
Perlakuan pelajar tingkatan dua dari Ulu Tiram, dekat sini, itu terbongkar apabila keluarganya menyedari dia memiliki barangan berjenama serta gajet terbaru yang setiap satu daripadanya berharga ribuan ringgit.
Gadis terbabit pada awalnya mendakwa gajet berkenaan kepunyaan rakan sekolah namun keluarga yang curiga membawanya mendapatkan kaunseling di Pejabat MCA Johor Jaya sebelum dia mengakui menjual tubuh kerana mahu memiliki barangan berkenaan.

Ketika berkongsi pengalamannya, gadis mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu sejak awal tahun ini.

“Setiap kali menjual tubuh, saya memperoleh RM200 hingga RM300. Jumlah itu lumayan dan membolehkan saya membeli pelbagai gajet terbaru seperti komputer tablet termasuk iPad dan telefon pintar, BlackBerry selain beg tangan berjenama terkenal.

tq harian metro...


Tuesday, July 17, 2012

Istimewannya Bau Ketiak Suami Kita..

teringat memori ne..masa mengandungkan anak yg sulong...
memang setiap malam wajib tido kat bwh ketiak huby..kalo tak memang tak mo lena..

sekarang hambik ko..anak dara ku pulak yg kalo tido mesti nak mencari ketiak mama dia...susah tol ler..
toubat kalo pregnent nanti tak mo buat cam tu..
nasib baik mengandung si adik takde pulak keinginan cam tu..

tapi dah nasib..dua2 anak memang kalo tido memang mencari ketiak mama di..

wa.wa...tak boleh ler nak bermanja2 dgn hubby...

so antara kemujarapan ketiak suami kita..hahahh
bacaler apa lagi...


ketiak
Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh kaum wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid.
Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja ” diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya
Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.
Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.
Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak
lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang
…. So kengkawan kalau tengah stress tu…..bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend.
Bagi kaum adam pulak,simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.heheheh

Duit Kertas Baru Malaysia



cantikan ..mintak2 raya ne dapat ler merasa pegang duit kertas baru ne...

Sila terima imej saya – Siti



DATUK SITI NURHALIZA berasa kecewa apabila penyanyi Sami Yusuf membatalkan Konsert Salaam Tour Sami Yusuf yang membabitkan dirinya. Konsert tersebut sepatutnya berlangsung pada 14 Julai lalu.


PADA tanggal 14 Julai lalu para peminat penyanyi terkenal antarabangsa Sami Yusuf sepatutnya dihiburkan dengan persembahan penyanyi itu sempena konsert Salaam Tour Sami Yusuf yang buat julung-julung kalinya diadakan di Malaysia.
Bagaimanapun, konsert yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam itu terpaksa ditangguhkan pada saat akhir atas beberapa sebab yang tidak dijelaskan dengan lebih lanjut oleh pihak penganjur.
Selain peminat, antara individu yang agak kecewa dengan penangguhan tersebut pastinya penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza memandangkan beliau telah berkolaborasi dengan penyanyi kelahiran Teheran, Iran itu dalam konsert di Singapura pada 8 Julai lalu.
Siti yang ditemui pada majlis pelancaran minyak pelincir jenama Avantec keluaran Lubri Oil Corporation (M) Sdn. Bhd. di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur baru-baru ini meluahkan rasa hampa apabila konsert tersebut terpaksa ditangguhkan.
Kosmo!: Apakah perasaan Siti apabila mendapat tahu konsert Salaam Tour Sami Yusuf dibatalkan pada saat-saat akhir?
SITI: Sudah tentu saya berasa sedikit terkilan dan kecewa memandangkan tinggal beberapa hari sahaja konsert berkenaan akan berlangsung di Malaysia. Pastinya bukan saya sahaja yang kecewa, malah para peminat Sami Yusuf turut hampa kerana hasrat mereka untuk menyaksikan persembahan Sami tidak menjadi kenyataan.
Bilakah anda diberitahu oleh penganjur tentang penangguhan konsert tersebut?
Saya diberitahu oleh pihak penganjur tiga hari sebelum konsert berlangsung. Ketika diberitahu saya memang agak terkejut, tetapi tidak tahu punca mengenainya dan itu adalah urusan antara Sami dengan pihak penganjur.
Sekiranya Sami datang semula ke Malaysia dan memilih anda untuk menjayakan konsertnya, adakah anda akan bersetuju?
Bagi diri saya sendiri, memang langsung tiada masalah untuk berkolaborasi dengan Sami. Kalau jadual saya memang kosong, saya tidak akan keberatan untuk menerima tawaran yang diberikan. Lagipun saya sudah pernah berkesempatan membuat persembahan bersama Sami di Singapura baru-baru ini. Malah, ia merupakan satu penghormatan buat diri saya apabila diundang membuat persembahan dengan penyanyi bertaraf antarabangsa sepertinya.
Selain itu, baru-baru ini terdapat kontroversi membabitkan para peminat yang saling berbalah mengenai gambar-gambar anda yang dimuat naik dalam Instagram. Mereka berbalah tentang isu rambut, aurat dan imej anda. Apakah komen anda mengenai perkara tersebut?
Saya sedar terdapat beberapa komen negatif daripada segelintir peminat apabila terdapat beberapa gambar saya mendedahkan rambut. Namun, seperti yang sudah banyak kali saya maklumkan, saya sememangnya masih lagi belum bertudung litup dan sekadar mengenakan selendang sahaja.
Jadi, saya sangat berharap agar para peminat dapat menerima keadaan saya sekarang kerana isu saya bertudung ini merupakan perkara lama. Namun, keinginan untuk bertudung pada suatu hari nanti tetap ada.
Apakah projek terbaharu anda sekarang?
Setakat ini masih belum ada lagi sebarang projek terbaharu yang akan dilakukan, kecuali saya akan melancarkan produk kosmetik terbaharu SimplySiti yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Pada bulan Ramadan ini saya memang tidak akan membuat sebarang persembahan, kecuali hadir pada majlis-majlis berbuka puasa sekiranya diundang oleh mana-mana pihak.

MasterChef Selebriti ...

tepat seperti jangkaan dato Fazlee menang..yahooo...aku memang tak suka sangat angah tu..
karek aja...hahah...

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan perunding motivasi terkenal dari Negeri Sembilan, Datuk Fazley Yaacob, 34, dinobatkan sebagai juara MasterChef Selebriti Malaysia yang pertama menewaskan empat selebriti lain selepas memberi persembahan konsisten sepanjang 13 minggu program realiti itu berlangsung.
Keputusan itu diumumkan barisan juri ketika tayangan episod akhir ketika malam penghargaan di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur di sini, malam tadi. Kemenangan itu bermakna Fazley menerima wang tunai RM57,500 yang akan disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia yang diwakilinya...

kredit to harian metro...


Saya Nak Kurus...

terpulang ler pada diri kita sendiri..kalo aku rasa aku boleh dan koorg tak boleh tak kisahler..
so takpayahler nak banyak bunyi..
aku tak mo makan nasi ker nak makan nasi terpulang ler pada aku..

kalo ko dah tau aku memang tak makan nasi so takyah ler buat2 pelik..
bengkek aja aku dengar..buat aku sakit hati aja..

aku kurus ker berisi ker takyah nak sibuk2..

so koorg apa pengalaman koorg..bila kita diet ada org bebunyi..


Monday, July 16, 2012

Radio pilihanku...

 

selera ku dah berubah ..
kalo naik keta aku cepat bosan kalo dengar Dj ne membebel benda yg bukan..
 
 so tangan ne cepat aja ubah chanel..dari era,fm, hot fm..klasik nasional..

semua chanel aku try cari lagu2 yg best..tapi rasanya aku ne lebih suka suriafm ...

sbb lagu2 dia kebanyakan dari era zaman 90an..jiwang karat masa tu..hahah

ingat lagu2 kenangan masa bercinta..muda2 gitu..hahah hati terus berbung2...perasan..hahahha


koorg camner pulak..radio apa yg koorg suka..hahahh

Friday, July 13, 2012

Amalan Ketika Anak Tido

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR 

Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.... ♥

►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya, ♥

►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. ♥

►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. ♥

►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak. ♥

Jom Shopping Kiko Warehouse Sale

 


10-15 July 2012

KIKO Warehouse Sale

Prices from RM8 – RM22
Products Offered
Kids’ Apparels
Babies’ Apparels
and more
Time
10am – 5pm
Location (603 8068 8888)
KIKO Garments Sdn. Bhd.
No. 1, Jalan Industri PBP 13
Taman Industri Pusat Bandar Puchong
47100 Puchong
Selangor


hasil rembatan aku kali ne..gaun saja..murah takkan nak pandang aja kan...


Ramadhan semakin menjelma..bagaimana persiapan kita..


tak sampai seminggu lagi kita akan menyambut bulan posa..
 mesti ada dikalangan kita dah beli sedikit2 pakaian untuk dipakai hari raya nanti..mcm aku jugak..dah beli dah baju2 anak masa jj cad ari tu..

baju melayu dah shopping dah selamat ditempah ..cuma baju melayu hubby dan baby adam belum cari lagi..
semuanya hampir sempurna tapi amalan2 lain rasanya kena tenguk jugak kan..

perbanyakkan membaca ayat2 al Quran yg semakin jarang2 aku tgk..sbb sibuk dgn aktiviti dunia..s
eperti tgk tv..hantar anak mengaji..alih2 dah malam..penat tu tak usah cerita ler..alpanya aku kan..semoga bulan ramadhan kali ini takkan ku sia2 kan..amin..


Master Cheff Selebriti Final...

agak2 koorg sapa yg menang ..aku vote Dato Fazley ler..
koorg camner...tak sabar nak tunggu malam final nanti...


 



 
 


 

5 finalis Masterchef Selebriti Malaysia bakal berentap di final pertandingan program masakan telah diumumkan. Datuk Fazley, Angah, Juliza Adlizan, Farouk Hussien dan Soo Wincci merupakan lima finalis Masterchef Selebriti Malaysia yang akan diadakan pada 16 Julai ini.

Dalam episod ke-26 yang lalu, Chef Jo telah mengumumkan finalis Masterchef Selebriti Malaysia dan terdahulu Farouk Hussien dipanggil balik semula untuk beraksi setelah tersingkir dalam program tersebut.
Sekalipun Farouk yang tersingkir di minggu terakhir program masakan tersebut dan beliau dipanggil masuk kembali setelah tewas dengan Angah di ujian penyingkiran, satu kejutan telah diumumkan oleh Chef Jo untuk MasterChef Selebriti Malaysia.

Finalis pertama yang ke final iaitu Soo Wincci berjaya memikat hati para juri pada episod lalu. Jangan lupa saksikan 5 finalis Masterchef Selebriti Malaysia yang akan berentap di gelanggang program masakan pada jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134), 16 Julai 2012 ini.

Slot Ameera...


koorg tenguk tak drama ne..emosi tol aku tgk..
meluat dan sakit hati dgn zila tu..yg si amir tu pon bodoh..tak melawan lansung..stress aku tgk...kesian aku tgk Ameera..

ko org layan tak drama ne..apa komen ko org...


Sinopsis drama Ameera TV3


Mengisahkan kehidupan Ameera dan Ameer yang bahagia melayari bahtera rumah tangga selama 4 tahun walaupun masih belum dikurniakan anak. Mereka menguruskan sebuah syarikat perabot mewah bersama dan hidup dalam keadaan yang mewah. Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya selalu mendesak supaya Ameer berkahwin dengan Marisha kerana Ameera tidak dapat melahirkan anak. Ameera mahu Ameer menurut kemahuan ibunya tetapi Ameer masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung pada suatu hari nanti
pelakon drama ameera sinopsis drama ameera tv3
Apabila Ameera disahkan mandul, dunia bagaikan sudah berakhir baginya. Ameer masih enggan mengahwini Marisha yang menjadi pilihan ibunya. Ameera mencadangkan mereka mengambil anak angkat tetapi Ameer juga keberatan. Puan Suraya semakin mendesak kerana dia inginkan zuriat Ameer untuk mewarisi perniagaan keluarga.
Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian akhirnya dia mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatkan anak dan menceraikannya selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera bergurau dan tidak mengendahkannya sehingga seorang gadis kampung miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.
Zila telah mengikut kekasihnya, Faruk yang dikenali sejak zaman sekolah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Ibunya, Mak Yah sakit sementara 3 orang adiknya masih belajar. Zila melarikan diri dan bersembunyi di dalam kereta Ameera kerana Faruk mahu menjualnya kepada sindiket pelacuran. Melihat keadaan Zila yang panik dan wajah Faruk yang bengis dan marah, Ameera segera memandu pergi dan terpaksa membawa pulang Zila.
Selepas mendengar cerita Zila, Ameera menganggap Zila sebagai calon yang paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Ameer. Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Pada mulanya Zila enggan kerana tidak mahu mengandung tetapi akhirnya dia mengalah kerana wang tersebut mampu untuk menampung keperluan keluarganya.
Ameer pada mulanya membantah kerana masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung. Ameera merayu kepada Ameer agar menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Ameer bersetuju.
Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Zila hanya menikmati malam perkahwinannya selama satu malam sahaja kerana itu syarat yang dikenakan Ameera dan atas permintaan Ameer juga. Dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Ameer
Zila yang pada mulanya tidak kisah dengan status isteri sementara telah jatuh cinta kepada Ameer. Dia bukan sahaja cemburu terhadap Ameera malah dia juga mahu merampas Ameer daripadanya. Ameer telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung
Adakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Ameer daripada perkahwinan tersebut akan memakan diri? Bagaimana pula dengan nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripada cengkaman Faruk?
Pelakon utama : Rita Rudaini sebagai Ameera dan Syamsul Dato’ Yusof sebagai Ameer
Turut dibintangi oleh,Zarina Zainoordin (Zila), Jasmin Hamid (Puan Suraya), Aishah Ilias (Marisha), Hairi Safwan (Faruk), Reza Hasbi (Zarul), Khaty Azean (Mak Som), Maimon Mutalib (May Yah), Faizal Hussein (Jai), Sabrina Ali (Rozi) dan Aman Shah

Mulai 23 Mei 2012, Di Slot Samarinda TV3 setiap hari Selasa dan Rabu pada jam 10.30 malam manakala pada hari Khamis pada 9.30 mlm

Thursday, July 12, 2012

dah berebut sudah...

nasib baikler aku beli epad anroid utk budak2 ne..
yg tak tahan ne si adik pon nak main jugak..si kakak tak mo ler bagi..

kesudahannya bila dua2 dah berebut aku cakap no games selagi si adik tak tido...
apa lagi masam mencuka ler si kakak..

tak mo solat, tak mo mengaji..tak mo baca buka..sbb aku posa ganti ari ne tak larat nak hantar mengaji so tak mengaji ler si kakak ne...

kesudahannya si kakak merajuk mengamuk2 sampaikan aku tak bagi dia main lansung..
sampai ler tetido..



muka happy dpt ckp dgn game kucing




Wednesday, July 11, 2012

Mahalnya Ubat..

semalam pegi klinik sambung ubat ada..aduh mahalnya..ubat mcm tu aja..

untuk demam , ubat batuk, ubat batuk dan ubat batuk + selsema...

sekali bukak bil aja lagi bapa hinggit aja dekat 45 hinggit..nasib baikler UPM cover klinik panel..
kalo tau..parah bila time anak2 sakit...


Tuesday, July 10, 2012

Drypers..Pilihanku

happy sbb drypers yg baru ne dah bertukar wajah..sama mcm pampes pet pet..

lepas ne takyah risau tembus bila tido malam...
koorg pulak jenama apa koorg pakai...
 




Fitnah yg terlampau...


sapa ler manusia yg keji ne ..sanggup memfitnah Nik Aziz sebegini...

dah terdesak sangat agaknya..sampai sanggup memburuk2 org ..Masya Allah...


tq to blog zakriali.blogspot.com

Belajar Bahasa Badan Anak...

belajar bahasa badan anak...


Tantrum:

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Salam kasih,
Prof. Dr. Rozieta Shaary

Friday, July 6, 2012

Report Kad Aliyah

firts time ambil report kad aliyah..teruja nak tau pekembangan aliyah kat sekolah...

setakat ne Alhamdulilah good tapi kena lebihkan kepada Bahasa inggeris..lemah sikit...
nanti aku upload pic aliyah...lepas ne kena beli banyak bahan bacaan dlm BI..

kat rumah banyak sangat mainnya..lepas ne kena lebihkan baca buku...


Thursday, July 5, 2012

Rabu cuti...

hahha banyak agenda semalam bercuti...

pegi bank ..keluarkan duit..and shopping kat kl..jalan TAR..tentu semua org taukan...hari2 keja pon stil ramai org...beli tudung aja...kalo banyak duit lagi mcm2 yg aku nak beli...

balik dari kl terus singgal TEWAH kat The MINES...

malas nak gi NILAI beli langsir...tahun ne sbb budjet takde aku just tukar langsir kat sliding dor aja.
.yg nipis..yg lain masih baru..tahun depan ler tukar yer...hahhah...nanti hantar rumah kakak kat putrajaya aja..mintak tolong jahitkan...

sebelum gi Kl kena hantar keta gi bengkel..
tampal tayar keta..tercucuk paku...aku ne mana tau bab2 keta ne..tu nasib baik my hubby yg perasan...hahah kena bebel ler jawabnya...

 aku dlm keta..tunggu budak tu tampal yg bocor..
huby kata takyah keluar dok aja dlm keta..heheh

 muka serius..