Thursday, May 31, 2012

Tidak mampu punyai rumah sendiri dikalangan penjawat awam..


 


Ramai penjawat awam tidak mampu miliki rumah sendiri: CUEPACS
2012/05/27

MACHANG: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendapati kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan terutama di Lembah Klang tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Setiausaha Kewangan CUEPACS, Jaapar Mansor, berkata fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.
"Kadar faedah pinjaman perumahan 4 peratus yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada 1 peratus," katanya di sini, semalam.
Beliau tidak menolak kemungkinan penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan hanya mampu menyewa atau memiliki rumah kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Jaapar yang juga Pengerusi CUEPACS Selangor berkata, saranan supaya kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan itu adalah antara tuntutan yang pernah dikemukakan kongres itu kepada kerajaan sebelum ini.

"Walaupun ia bukan tuntutan utama CUEPACS namun ia akan terus diperjuangkan oleh penjawat awam melalui kongres itu," katanya.

Kongres itu juga sedang melancarkan gerakan mengesan penjawat awam yang belum memiliki rumah di seluruh negara untuk dijadikan garis panduan untuk tindakan yang akan diambil demi kebajikan ahlinya.
Sementara itu, beliau berkata, CUEPACS mahu kerajaan mempercepatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun Penjawat Awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri 8 Mac lalu.

Kongres juga akan terus mengadakan gerakan penerangan kepada anggotanya ke seluruh negara mengenai peluang yang dinikmati mereka melalui penambahbaikan Skim Saraan Baru (SSB). - BERNAMA
 
 

melalui pengalaman aku beli umah..setahun proses yg perlu aku lalui kerana beli rumah atas tangan org..mcm2 kena buat..masa beli rumah harga dia cuma RM 165 ribu..setahun kemudian harga mencanak2 naik.. 

harga sekarang dah jadi RM190 hingga RM200 lebih ribu..banyak tu beza dia...nasib baik dah beli..tu pon potong bulan2 dekat RM 800 hinggit..dengan gaji kerani yg tak seberapa ne ditolak dgn potongan rumah..belanja anak2..minya makan..aduh,,hujung bulan aja dah sempit..tapi itulah realitinya..



 

 

 

 

 

Kaji Gaji Kerani..


 sangat sangat..setuju..sepatutnya dari dulu lagi dikaji..jawatan lain dah naik taraf..tapi jawatan kerani masih ditahap lama..peranan kerani sama penting mcm Pegawai Tadbir..

 
CEUPACS minta kaji gaji pembantu tadbir
Oleh Syed Azwan Syed Ali
2012/05/30

KUALA LUMPUR: CUEPACS mencadangkan gred minimum N17 pembantu tadbir dikaji semula selain membuka ruang kenaikan pangkat golongan itu daripada gred maksimum N26 kepada gred bersepadu N42.

Cadangan itu bagi membolehkan kenaikan kerjaya dan pangkat lebih luas kepada 80,000 pembantu tadbir yang dikelompokkan dalam kumpulan sokongan kerajaan.
CUEPACS juga mencadangkan gelaran jawatan itu ditukar kepada pegawai kerani atau pegawai hemat tadbir bagi melambangkan peranan kelompok itu selaku kumpulan sokongan yang melicinkan urusan pentadbiran.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada kerajaan melalui suruhanjaya khas penambahbaikan sistem saraan baru perjawatan awam yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.

Katanya, kajian gred kelompok kakitangan kerajaan itu perlu dilakukan sejajar perubahan tuntutan tugas dan cabaran golongan itu, selain peningkatan taraf hidup rakyat.

“Cadangan sebenar (gred minimum) dibincang pada 12 hingga 14 Jun ini dalam bengkel semakan skim gred gaji penjawat awam anjuran CUEPACS di Muar, Johor.

“Cadangan dibawa kepada suruhanjaya yang akan diumumkan Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN),” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-16 Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah Pendidikan (KEPTAN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Omar berkata, kajian semula gred minimum N17 bermakna kelompok itu akan menerima kenaikan gaji pokok yang kini dibayar RM926.60 sebulan.

“Gred (minimum) jawatan jururawat juga U19, jadi (gred bagi jawatan) pembantu tadbir kerajaan juga perlu dikaji semula,” katanya.

Katanya, kenaikan gred bersepadu memberi mereka peluang kenaikan pangkat gred bersepadu yang mengambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan kepada organisasi tanpa perlu merujuk kepada kelulusan akademik.

“Maknanya (bagi gred bersepadu) tak perlu ada ijazah atau diploma tetapi ambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan. Namun, bukan semua boleh dapat gred ini, hanya mereka yang layak,” katanya.

- Berita Harian

"WWW 1" berjaya dimiliki oleh Sultan Johor


 aku sebagai anak kelahiran Negeri Johor bangga sey...

Senarai pemenang bidaan plat "WWW1" hingga "WWW30" yang diambil dari Google

Sultan Johor Menang Bidaan Nombor Plat "WWW 1"
Oleh YVONNE LIM

PETALING JAYA: Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan "WWW 1", dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.

Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat "WWW 5", dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat "WWW 15".

Keputusan bidaan boleh didapati di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JP).

Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini.

Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan "MCA 1" pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100.

Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.

Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan "WWW", yang merupakan singkatan bagi "World Wide Web".

Terdahulu, akhbar The Star melaporkan seorang VVIP terkemuka dari Johor adalah pemilik nombor plat pendaftaran kenderaan yang paling popular dan dikehendaki ramai - WWW 1.

Merupakan seorang peminat kereta, VVIP ini adalah pembida yang berjaya dengan tawaran bayaran RM520, 000 untuk nombor pendaftaran yang dikehendakinya.

Jumlah ini kini telah mencatat satu rekod baru sebagai nombor plat paling mahal yang pernah dijual di Malaysia.

Menurut sumber, JPJ dijangka memaklumkan kepada VVIP berkenaan mengenai kejayaan bidaan pada Isnin.

Personaliti dikenali ramai ini juga mempunyai koleksi kereta antik dan model kereta terbaru.

Semua kenderaannya diselenggarakan dengan baik dan beliau pernah dilihat memandu kesemuanya di seluruh negeri.

- mStar Online

Wednesday, May 30, 2012

Hantu Gula



dahsyatnya perangai si kecik ne..

memang suka gula-gula..kalo boleh semuanya nak dimakan...

bila bangun tido mesti nak makan aja..so kalo ari jumaat memang kena pegi kedai standby biskut dan jajan...

dan tak mau jajan yg sama yer..aduhai...



kAD hARI ibU

alahai terlalu sibuk sampai terlambat nak upload pic ne..

kad pertama dari aliya sempena hari ibu..

sayang anak mama..

Monday, May 28, 2012

Without my children...


heheh kalo takde anak2 memang hidup tak berseri..

rumah bersepah boleh kemas...

duit dlm dompet memang lebat..

tapi jiwa yg kosong..aduh susah nak cakap..

walaupun selalu kena marah dan cubit dgn mama..mama tetap sayang anak2 mama..

lovu u aliyah dan adam haikal

...

Penangan MasterChef Selebriti 2012

Apa bezanya dengan program Masterchef sebelum ini? Jika dilihat pada namanya sahaja, anda sudah dapat meneka bukan? Kali ini, peserta yang menyertai program Masterchef adalah dari kalangan selebriti di Malaysia. Bukan sahaja pelakon dan penyanyi malah Angkasawan Negara turut sama menyertai Masterchef kali ini.
Berikut adalah selebriti yang akan menyertai program Masterchef Selebriti Malaysia 2012 yang akan memulakan penggambaran pada 27 Mei 2012.

Pastinya menarik Masterchef Selebriti kali ini dengan kehadiran selebriti-selebriti terkenal tanah air...

Cahaya Mata Mawi Dan Ekin.....

Gambar Terkini Cahaya Mata Mawi Dan Ekin.....

Assalamualaikum,

Anak-anak adalah cahaya mata anugerah Allah yang paling berharga dan tak ternilai sekali buat hambanya..., Penghibur hati penyejuk jiwa, Nikmat Allah yang paling terindah dan bahagia , Amanah Allah yang mesti dan wajib dijaga sebaik baiknya..........

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my


TIADA ayat yang mampu menggambarkan betapa bersyukur dan gembiranya pasangan ini saat menerima khabar berita mereka bergelar ibu selepas tiga tahun menanti.

Berbaloi penantian itu dirasakan apabila pada tanggal 28 Februari lalu, wajah zuriat comel mereka itu dapat ditatap buat pertama kalinya. Dinamakan dengan sepotong nama yang cukup indah, diam tak diam Cahaya Malaika kini sudah pun berusia tiga bulan.







Baik suami yang juga penyanyi popular, Asmawi Ani (Mawi), 31, mahupun isterinya, Nora’Ashikin Rahman (Ekin), 33, kedua-dua menyifatkan kehadiran puteri kesayangan itu sebagai pelengkap rumah tangga mereka yang dibina sejak 20 Disember 2008.

Mawi saat ditemui di kediamannya berlokasikan Kelab Golf, Bandar Baru Bangi, pagi Rabu lalu, berkata, Cahaya bayi seorang bayi yang tidak banyak kerenah.

“Dia hanya menangis kalau nak susu, selebihnya dia akan tidur. Alhamdulillah, tidak susah nak menjaganya. Saya juga semakin biasa menguruskannya dengan Ekin. Bila sudah jadi ayah, hidup pun terasa lain.

“Setiap kali menatap wajah Cahaya, saya pasti teringatkan emak dan arwah ayah. Baru saya tahu betapa seronoknya ibu bapa kita apabila menjaga kita ketika kecil.

“Cahaya adalah harta paling bermakna dalam hidup kami berdua. Saya berharap dapat menjadi ayah yang bertanggungjawab, membekalkan ilmu dunia dan akhirat buatnya, insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Ekin memaklumkan, sebelum berkahwin lagi dia sudah membataskan karier seninya dan apabila bergelar ibu, Ekin mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang lakonan.

“Saya sudah tidak mahu berlakon lagi kerana mahu membesarkan anak sendiri. Komitmen saya sekarang selain keluarga adalah sebagai duta tudung Ariani. Beberapa hari yang lalu, saya baru saja terbabit dalam fotografi untuk koleksi terbaru Ariani.

“Tinggalkan Cahaya sekejap pun sudah buat saya resah gelisah, mujurlah emak dan nenek ada. Cahaya masih lagi menyusu badan tapi tidak susah tinggalkan dia kerana Cahaya lebih gemar minum susu badan menggunakan botol.

“Pengalaman menjadi ibu sangat membahagiakan saya, tambahan tiga tahun menunggu untuk dapatkan anak. Alhamdulillah, Cahaya anak yang senang sangat dijaga,” katanya.

Akui Mawi, dia dan isteri meletakkan Cahaya sebagai keutamaan dalam hidup mereka kini sekali gus merangsang Mawi untuk kembali merancakkan karier seninya yang perlahan kebelakangan ini.

“Saya sedang dalam perancangan menyiapkan single pop terbaru berjudul Termolek, hasil ciptaan Datuk M Nasir dan liriknya ditulis Ad Samad.

“Kemudian pada Jun, penggambaran muzik video lagu ini akan dibuat seterusnya ditayangkan secara ekslusif di Astro. Untuk muzik video itu, Irwan iaitu pengarah bagi muzik video Tak Mungkin Berpaling yang pernah dinyanyikan saya secara duet dengan Zamani masih dikekalkan.

“Sejurus selepas pelancaran muzik video berkenaan, syarikat saya, MW Entertainment Sdn Bhd menjalinkan kerjasama dengan Arteffects Sdn Bhd untuk menghasilkan album Asmaa-Ul-Husna yang berkaitan iaitu nama-nama Allah SWT.

Tumpuan Mawi tidak terbatas kepada pembikinan album saja malah MW Entertainment Sdn Bhd sedang merencanakan telefilem terbaru, Siapa Dapat Lisa yang dibintangi oleh SepahTu dan Didie Alias. Sebelum ini, syarikatnya itu pernah menerbitkan drama Paknil Ibu Kirim Salam, Seruan Pulau Nami dan Jiwa Kacau.

“Alhamdulillah perlahan-lahan saya usahakan dan kini saya sudah boleh tersenyum dengan pencapaian MW Entertainment. Bermula dengan hanya menerbitkan program pengembaraan sendiri, Langkah Mawi dan sekarang saya semakin berani untuk lebih serius dalam penerbitan drama pula.

“Siapa Dapat Lisa adalah sebuah telefilem yang akan ditayangkan pada 23 Ogos sempena sambutan Aidilfitri nanti. Ia mengisahkan dua pekerja bengkel yang cuba merebut hati seorang gadis jelita, Lisa yang baru saja berpindah ke kampung. Setakat ini, saya masih lagi tercari-cari pelakon yang sesuai membawakan watak Lisa.

“Konsep yang diketengahkan masih sama seperti beberapa drama yang pernah saya terbitkan sebelum ini iaitu komedi kerana saya suka menghasilkan sesuatu yang menghiburkan penonton. Tambahan pula, Siapa Dapat Lisa akan ditayangkan pada Aidilfitri nanti justeru, bertepatan suasana hari raya yang meriah dan menggembirakan.

“Drama ini begitu menarik kerana tidak sekadar menampilkan SepahTu, tapi plot ceritanya juga berbeza yang mana perebutan antara dua lelaki itu penuh drama dengan elemen melucukan. Ia memaparkan gelagat Jep dan Shuib yang berusaha menambat hati orang tua Lisa semata-mata ingin mengurat gadis itu.

“Saya yakin penonton akan terhibur dengan lakonan mereka terutamanya apabila saya cuba menyuntik cara tradisional orang lama dalam usaha mendekati anak gadis orang dengan memenangi hati orang tua,” katanya.

Cenderung menerbitkan drama dan telefilem bercorak komedi, bukan bererti MW Entertainment Sdn Bhd tidak berkemampuan menghasilkan drama berat.

“Selepas raya, MW Entertainment Sdn Bhd akan memulakan penggambaran Bil Terakhir. Bil Terakhir ini mengisahkan apabila kita sudah mati, bil terakhir kita adalah amalan untuk dihitung,” katanya.

Friday, May 25, 2012

Yusry reka banglo untuk Lisa Surihani

Yusry reka banglo untuk Lisa Surihani




YUSRY dan Lisa akan memasuki rumah baharu pada Julai depan.



KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim, 39, mengakui dia mencipta sendiri banglo yang dibina khusus untuk isterinya, Lisa Surihani, 26, yang dijadual siap menjelang Julai ini di kawasan kediaman elit di Country Height Resort, Kajang dekat sini.
Menurut Yusry, dia ada meminta pandangan Lisa mengenai rekaan mahupun hiasan di dalam banglo tersebut tetapi isterinya itu tidak mahu mengambil tahu kerana ketika itu mereka baru merancang untuk berkahwin.
“Rumah itu mula dibina pada bulan November tahun lepas sebelum kami berkahwin. Ketika itu saya dan Lisa baru merancang mahu berkahwin. Bila saya beritahu fasal rumah padanya, dia tidak mahu tahu sangat mungkin dia fikir masa itu kami belum ada ikatan yang sah.
“Bila dah kahwin, tidak sangka pula cita rasa kami serasi. Jadi, tiada masalah. Kami membeli perabot bersama dan semua cita rasa kami serasi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


bestnya...

Happy birthday to me...and hubby..

dah lama tak bukak blog sendiri..sibuk tenguk blog org aja..bosan melanda..

so tahun ne aku sambut ulang tahun yg ker..hehehh tak sangka cepat tol masa berlalu..tahun ne dah 32 tahun umur aku..walahhh..dah melebihi angka 30 han..heheh and hubby menyambut ulang tahun yg ker 39 tahun...semoga kami ber2 dipanjangkan umur..dilimpahkan dan dimurahkan rezeki hendaknya...aminnn..

terima kasih Allah...