Thursday, June 28, 2012

Monday, June 25, 2012

Keluarga DYMM Sultan Johore...

Tips untuk membaiki tandas tersumbat..

tq pada blog Hanis Azla@Blog..memang betul2 beguna...

Tandas (tempat mandi) tersumbat memang selalu memeningkan. Bila dah tersumbat, airnya jadi melimpah. Waktu mandi, air bertakung bagaikan kolam sebab lambat benar alirannya keluar. Kalau panggil tukang paip memang paling murah pun akan dikenakan bayaran RM50. (Berdasarkan pengalaman sendiri). Rasanya kat rumah aku sebelum ini, memang sudah beberapa kali jugalah aku terpaksa panggil tukang paip untuk masalah tandas tersumbat ini. (Selepas usaha memperbaiki sendiri gagal). Tapi sejak mengetahui tips ini, tandas tersumbat bukan lagi masalah buat kami.

Emak memang tidak bersekolah tinggi. Tapi pengamatannya cukup tinggi. Hanya melihat bagaimana tukang paip menyelelesaikan masalah, emak sudah dapat bayangan bagaimana mahu membuatnya sendiri. Bila panggil tukang paip, selalunya  mereka menggunakan peralatan khas seperti mesin tekanan tinggi. Ada juga yang menggunakan gumpalan kain. Jadi emak ambil idea dari gumpalan kain tu menggunakan alatan yang ada di rumah. Alhamdulillah, caranya cukup berkesan. Maka, tanpa tukang paip yang dikenakan bayaran, tandas tersumbat mampu kami tangani sendiri dengan hanya menggunakan mop yang kita gunakan untup mengelap lantai. (Mop yang conventional tu yer. Mop yang canggih-canggih aku tak pasti berhasil atau tidak.
Caranya :
1. Masukkan separuh gumpalan kain mop itu ke dalam saliran tandas sehingga padat. Separuh bahagian lagi kita biarkan menutupi drain tandas itu. Pastikan tiada langsung lubang udara. (Cover toilet drain tu perlu di buka dulu yer).
2. Kemudian, seperti cara mengepam, kita pam mop itu beberapa kali. Untuk pam yang mula-mula tu, memang kotoran akan naik balik keluar dan menjadikan air semakin bertakung. Makanya kita kena buat beberapa kali. Keluarkan kain mop itu,  masukkan kembali dan pam lagi.
3. Ulang beberapa kali. Selalunya aku buat sehingga terasa, sedutan kuat dari bawah yang menarik air-air dan kain mop itu. (Ada masanya bila tarikan dari bawah kuat, memang akan mengeluarkan bunyi). Bila sedutan kuat, air yang bertakung akan mengalir laju dan kotoran tersumbat akan tertarik sekali. Masalah tandas tersumbat akan selesai selepas itu.

Bagi yang mempunyai masalah tandas tersumbat bolehlah mencuba cara ini bila pam hitam yang kita gunakan masih tidak berhasil. 
 
 
akhirnya berjaya jugak..my hubby yg buat ..Alhamdulilah...takdeler muka hubby masam mencuka..

Thursday, June 21, 2012

Tuesday, June 19, 2012

Anak bujang ku bertudung...






 comel jugak sekali pandang..habis adik dia dikerjakan si kakak..
suka pulak aku tenguk..


kenangan terindah...




Kenangan Terindah- SAMSON


aku yang lemah tanpamu
aku yang rentan karena
cinta yang tlah hilang darimu
yang mampu menyanjungku
selama mata terbuka
sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu
darimu
kutemukan hidupku
bagiku
kau lah cinta sejati
yea ohh
bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan kujadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku
namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang tlah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah


toucing...teringat kat org tu...

Berkelah di Sungai Lopo Village, Langat

sabtu 16 Jun ..
dlm 20 family kita org berkelah dan mandi2 di sungai langat..best..
anak2 aku terutama aliyah memang suka air..memang dari pagi sampai petang berendam..
sampaikan mkn pon tak mo...


masa dlm keta..adam kejap dok belakang..kejap duduk dgn mama ...


bfast pagi...masa ne aliyah dah meradang nak mandi...tak sabor2..


bungkus ikan bakar beramai2...


aliyah dgn pelampung ..suka tol..


time melantak durian..durian sini satu bakol 70 hinggit ..
kat kg free aja aku mkn..kebun atuk aku...


adam pon sibuk nak durian gak...


menyibuk ambil gambar..tq ct ..ambil pic akak...

 
bakar jgn tak bakar...huby tenguk aja ler..adam memang kalo jln2 memang tak mo dgn mama dia..
asyik melekat aja dgn dady dia..cam anak monyet...

adam pon sama..hantu air..memang tak takut air lansung...terpaksa dady dia layankan aja..


hahah masa ne aliyah dah pengsan..tadi adik dia lena tido kat bahu dady dia lupa nak ambil gambar..ne aliyah punya time..

indahnya maknanya..

Dengan memahami ucapan2 yang kita ucapkan di dalam solat, tentu dapat mendatangkan rasa khusyuk dan kehambaan kepada ALLAH.

Dengan memahami ucapan2 yang kita ucapkan di dalam solat, tentu dapat mendatangkan rasa khusyuk dan kehambaan kepada ALLAH.

so sweet...




Thursday, June 14, 2012

Selamat Pengantin Baru Fuad & Ina








Audit Iso

lama dah tak berblog..bz..minggu ne daripada 11 hingga 22 Jun 2012 ada pulak audit ISO..setiap tahun memang seksyen Pelantikan memang tak lepas dari audit tu...tahun ne memang kenaler bab2 kontrak..aduh insya Allah mintak2 takde yg sangkut...

sabtu ne nak gi mandi sungai..so pagi2 tadi aku, kak syah dan kak ida gi beli ikan kat pasar borong..anak dara aku aliyah dah tak sabar nak mandi sungai..

Thursday, June 7, 2012

Fenomena transit Zuhrah muncul semula 2117

indahnya ciptaan Allah..betapa besarnya matahari...


IMEJ oleh NASA menunjukkan Planet Zuhrah (bintik hitam, atas kiri) melintasi matahari kelmarin.







IMEJ oleh NASA menunjukkan Planet Zuhrah (bintik hitam, atas kiri) melintasi matahari kelmarin.














LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Penduduk di seluruh dunia memandang ke langit pada waktu siang kelmarin dan awal petang semalam di Asia untuk melihat transit Zuhrah.
Keajaiban alam tersebut berikutnya hanya akan berlaku dalam tempoh 105 tahun akan datang.
Transit Zuhrah terjadi apabila planet berkenaan melintasi di antara Bumi dan Matahari.
Penduduk Bumi dapat melihat planet berkenaan sebagai satu bintik hitam kecil pada permukaan matahari.
"Jika anda dapat melihat tahi lalat pada wajah model antarabangsa Cindy Crawford, anda pasti akan dapat melihat transit Zuhrah," kata seorang ahli Persatuan Astronomi Los Angeles, Van Webster.
Transit berkenaan berlaku selama 6 jam 40 minit bermula selepas pukul 6 petang di AS.
Mereka yang berada di Amerika Utara dan Tengah akan dapat melihat keseluruhan fenomena itu manakala penduduk di barat Asia, timur Afrika dan sebahagian besar Eropah pula akan dapat menyaksikan penghujung transit Zuhrah apabila matahari terbit.
Di Hawaii, Alaska, timur Australia dan Asia termasuk Jepun, Semenanjung Korea dan timur China, orang ramai dapat memerhatikan keseluruhan transit Zuhrah kerana fenomena itu berlaku pada siang hari.
Mereka yang tidak memiliki teleskop bersama penapis khas memilih untuk menyaksikan fenomena itu di laman web Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
Laman web tersebut mencatat hampir 2 juta penonton kelmarin dengan sekitar 90,000 orang melayarinya pada sesuatu masa.
Di bandar raya ini, kali terakhir transit Zuhrah berlaku adalah 130 tahun lalu pada 1882.
"Saya berasa sangat seronok. Ini satu pengalaman yang kami tidak akan lupakan seumur hidup kami," kata seorang jurutera perisian berusia 32 tahun, Bo Tan.
Dia dan beberapa rakan sekerjanya mengambil cuti separuh hari untuk memerhatikan keganjilan alam tersebut.
Namun, orang awam yang mahu melihat transit Zuhrah dinasihatkan supaya memakai kaca mata khas atau teleskop dilengkapi penapis cahaya.
Ini kerana perbuatan memandang pada tempoh yang lama ke arah matahari akan merosakkan retina mata.
Ketika gerhana matahari berlaku pada 1970, sebanyak 145 kes retina rosak dilaporkan di AS akibat perbuatan memandang ke arah bintang tersebut tanpa sebarang peralatan keselamatan.
Transit Zuhrah berikutnya hanya akan berlaku pada tahun 2117. - Agensi

Tuesday, June 5, 2012

Selamat Bertunang Nas & Nora

pada 3.6.2012 (Ahad) berlansungnya majlis pertunangan antara adik lelaki aku dgn pasanganya nora..dan majis akad nikahnya dijangka bulan 11 di rumah pihak perempuan dan majlis di rumah lelaki berlansung pada bulan 12 nanti..


wakil dari pihak lelaki..yg baju hijau tu abah aku....en Thith bin Kemat ..
yg lain2 tu jiran dan jugak pakcik2 aku..


pic..bonda tersayang..Pn sharifah binti Hj Ros..love mak...


tunang zaman sekarang..siap ada pelamin bagai...kelas ko jah..


time sarung cincin..

 bincang2...lagi...


masa ne bersesak2...sempat ambil gambar..anak buah aku..aida nazira...


hantaran dari pihak adikku..sponser buah dari aku..ngeh2...


hantaran dari pihak perempuan serba kuning..my faveret aku...


sebahagian dari family sebelah aku...yg lain tak dapat masuk..umah kecik..

 
 besama sima (biru), azreen (Kiri) , aida (Kanan)
hubby layan anak bujang dia makan..ngeh2...


finaly..pic aku ...lupa lak nak ambil gambar hubby...



ne ler si cantik tu..namanya nora...


ending..adikku nazree dan nora...