aku tak faham manusia zaman sekarang..perangai mengalahkan haiwan..
sanggup membunuh..
Gadis kilang campak bayi direman
Oleh
NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my
PETALING
JAYA - Seorang ibu muda yang dipercayai tergamak mencampak bayinya hidup-hidup
dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari di sini sebaik sahaja anaknya selamat
dilahirkan direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes perbuatan
kejam itu.
Ketua
Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata,
perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Suraya
Syawal pada pukul 11.30 pagi semalam.
"Mahkamah
membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu
siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," kata
beliau ketika dihubungi Kosmo!.
Menurut
beliau, laporan bedah siasat ke atas mayat bayi yang cukup sifat itu
mengesahkan mangsa mati akibat mengalami kecederaan serius di kepala.
"Bayi
itu mengalami kecederaan teruk di kepala selepas dicampak dari tempat tinggi
sebelum terhempas ke bawah," kata beliau.
Arjunaidi
memberitahu, suspek yang berusia 20 tahun dan belum berkahwin itu melahirkan
bayinya secara sendirian ketika dia berada seorang diri di rumah keluarganya.
Difahamkan
bayi yang cukup bulan itu merupakan anak hasil hubungan suspek yang bekerja di
sebuah kilang dengan teman lelakinya. Bagaimanapun, keluarga suspek tidak
menyedari gadis itu mengandung.
Polis
setakat ini tidak menyiasat atau menahan kekasih suspek kerana belum ada
keperluan dengan kes bunuh yang dihadapi suspek wanita itu.
Suspek
yang memakai baju T warna hitam, bertudung, berjaket merah jambu, berkain
sarung batik, berstoking dan berselipar kelihatan bersahaja ketika
diperintahkan ditahan reman oleh majistret.
Wanita
itu yang tidak ditemani ahli keluarga ketika dibawa ke mahkamah masih dirawat
di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Semalam
akhbar melaporkan, seorang bayi perempuan ditemui mati dipercayai dicampak dari
tingkat tiga flat Desa Mentari di sini.
Polis
yang memeriksa mayat bayi itu kemudian menahan seorang gadis yang kelihatan
lemah selepas dipercayai baru lepas bersalin di tingkat tiga blok 1 di rumah
flat itu.
Ketika ditemui, bayi yang
masih bertali pusat itu sudah tidak bernyawa lagi.