Thursday, May 31, 2012

Tidak mampu punyai rumah sendiri dikalangan penjawat awam..


 


Ramai penjawat awam tidak mampu miliki rumah sendiri: CUEPACS
2012/05/27

MACHANG: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendapati kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan terutama di Lembah Klang tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Setiausaha Kewangan CUEPACS, Jaapar Mansor, berkata fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.
"Kadar faedah pinjaman perumahan 4 peratus yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada 1 peratus," katanya di sini, semalam.
Beliau tidak menolak kemungkinan penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan hanya mampu menyewa atau memiliki rumah kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Jaapar yang juga Pengerusi CUEPACS Selangor berkata, saranan supaya kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan itu adalah antara tuntutan yang pernah dikemukakan kongres itu kepada kerajaan sebelum ini.

"Walaupun ia bukan tuntutan utama CUEPACS namun ia akan terus diperjuangkan oleh penjawat awam melalui kongres itu," katanya.

Kongres itu juga sedang melancarkan gerakan mengesan penjawat awam yang belum memiliki rumah di seluruh negara untuk dijadikan garis panduan untuk tindakan yang akan diambil demi kebajikan ahlinya.
Sementara itu, beliau berkata, CUEPACS mahu kerajaan mempercepatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun Penjawat Awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri 8 Mac lalu.

Kongres juga akan terus mengadakan gerakan penerangan kepada anggotanya ke seluruh negara mengenai peluang yang dinikmati mereka melalui penambahbaikan Skim Saraan Baru (SSB). - BERNAMA
 
 

melalui pengalaman aku beli umah..setahun proses yg perlu aku lalui kerana beli rumah atas tangan org..mcm2 kena buat..masa beli rumah harga dia cuma RM 165 ribu..setahun kemudian harga mencanak2 naik.. 

harga sekarang dah jadi RM190 hingga RM200 lebih ribu..banyak tu beza dia...nasib baik dah beli..tu pon potong bulan2 dekat RM 800 hinggit..dengan gaji kerani yg tak seberapa ne ditolak dgn potongan rumah..belanja anak2..minya makan..aduh,,hujung bulan aja dah sempit..tapi itulah realitinya..



 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment