Friday, June 14, 2013

Buat aiskrim sendiri




 gigihler aku buat aiskrim memalam buta..heheh tq pada blog cikepal sebab bekongsi resepi paling senang nak buat aiskrim ne..

anak bujang aku dah tak sabar2 nak makan...aku buat malam tadi ..pepagi buta gi school bawak askrim ne dlam cawan plastik..heheh next time boleh buat lagi...heheh



Bahan
@ 1 tin susu cair
@ ½ tin susu pekat (Suku pon boleh, ikut manis masing2)
@ 1 biji telur
@ 1 sudu kecil esen vanilla
@ 1 sudu besar ovalet

Untuk perasa (tak kisah apa2)
@ milo ikut suka / milo 3 in 1
@ strawberi emulco

Cara nak buat
Senang gila..masukan semua bahan kemudian guna stand mixer selama 15-20 minit..sampai likat ..ala2 jadi cream..lepas tu asingkan untuk pelbagai perasa yg koorg nak …
Boleh letak chocolate rice , kismis ke coklat cip ..
Masuk peti ais..lepas tu makan…

No comments:

Post a Comment