KESIANNYA...
UZUR...kakitangan Pusat Jagaan Nur Ehsan menyalin baju
warga emas terbabit.
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 40-an tergamak menghantar bapa kandungnya
berusia 70 tahun yang diserang angin ahmar ke Pusat Jagaan Nur Ehsan, Kempas, di
sini, dan enggan mengaku dia anak warga emas itu, sebaliknya mendakwa dia hanya
jiran yang prihatin terhadap nasib lelaki tua berkenaan.
Bagaimanapun, tembelang lelaki terbabit yang juga jurutera di sebuah syarikat
swasta di bandar raya ini terbongkar apabila pengurusan pusat jagaan berkenaan
membuat semakan dengan beberapa pihak.
Ketika mendedahkan perkara itu, Pengurus Pusat Jagaan Nur Ehsan, Norijah
Bidin berkata, jurutera terbabit yang juga anak tunggal warga emas berkenaan
menghubungi pihaknya dan bertanya mengenai kemudahan di pusat itu bermula bulan
lalu.
“Lelaki terbabit mengaku jiran warga emas berkenaan dan dalam perbualan telefon, dia menyatakan simpati terhadap nasib lelaki tua itu.
“Lelaki terbabit mengaku jiran warga emas berkenaan dan dalam perbualan telefon, dia menyatakan simpati terhadap nasib lelaki tua itu.
“Lelaki itu turut mendakwa warga emas berkenaan hidup sebatang kara, justeru, dia berhasrat menghantarnya ke pusat jagaan kami.
“Pada masa sama, warga emas itu juga mengalami kesulitan untuk berkomunikasi selain nyanyuk dan gagal memberikan maklumat berkaitan warisnya,” katanya di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment