koorg tenguk tak drama ne..emosi tol aku tgk..
meluat dan sakit hati dgn zila tu..yg si amir tu pon bodoh..tak melawan lansung..stress aku tgk...kesian aku tgk Ameera..
ko org layan tak drama ne..apa komen ko org...
Sinopsis drama Ameera TV3
Mengisahkan kehidupan Ameera dan Ameer yang
bahagia melayari bahtera rumah tangga selama 4 tahun walaupun masih belum
dikurniakan anak. Mereka menguruskan sebuah syarikat perabot mewah bersama dan
hidup dalam keadaan yang mewah. Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan
Suraya selalu mendesak supaya Ameer berkahwin dengan Marisha kerana Ameera tidak
dapat melahirkan anak. Ameera mahu Ameer menurut kemahuan ibunya tetapi Ameer
masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung pada suatu hari nanti

Apabila Ameera disahkan mandul, dunia bagaikan
sudah berakhir baginya. Ameer masih enggan mengahwini Marisha yang menjadi
pilihan ibunya. Ameera mencadangkan mereka mengambil anak angkat tetapi Ameer
juga keberatan. Puan Suraya semakin mendesak kerana dia inginkan zuriat Ameer
untuk mewarisi perniagaan keluarga.
Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian
akhirnya dia mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatkan
anak dan menceraikannya selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera
bergurau dan tidak mengendahkannya sehingga seorang gadis kampung miskin, Zila
muncul dalam kehidupan mereka.
Zila telah mengikut kekasihnya, Faruk yang
dikenali sejak zaman sekolah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Ibunya, Mak Yah
sakit sementara 3 orang adiknya masih belajar. Zila melarikan diri dan
bersembunyi di dalam kereta Ameera kerana Faruk mahu menjualnya kepada sindiket
pelacuran. Melihat keadaan Zila yang panik dan wajah Faruk yang bengis dan
marah, Ameera segera memandu pergi dan terpaksa membawa pulang Zila.
Selepas mendengar cerita Zila, Ameera menganggap
Zila sebagai calon yang paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Ameer. Ameera
menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Pada mulanya Zila enggan kerana tidak
mahu mengandung tetapi akhirnya dia mengalah kerana wang tersebut mampu untuk
menampung keperluan keluarganya.
Ameer pada mulanya membantah kerana masih menaruh
harapan yang Ameera boleh mengandung. Ameera merayu kepada Ameer agar menerima
cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Ameer bersetuju.
Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Zila hanya
menikmati malam perkahwinannya selama satu malam sahaja kerana itu syarat yang
dikenakan Ameera dan atas permintaan Ameer juga. Dalam perjanjian yang
ditandatangani oleh Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan
anak Ameer
Zila yang pada mulanya tidak kisah dengan status
isteri sementara telah jatuh cinta kepada Ameer. Dia bukan sahaja cemburu
terhadap Ameera malah dia juga mahu merampas Ameer daripadanya. Ameer telah
memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung
Adakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat
Ameer daripada perkahwinan tersebut akan memakan diri? Bagaimana pula dengan
nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripada
cengkaman Faruk?
Pelakon utama : Rita Rudaini sebagai Ameera dan Syamsul Dato’ Yusof sebagai AmeerTurut dibintangi oleh,Zarina Zainoordin (Zila), Jasmin Hamid (Puan Suraya), Aishah Ilias (Marisha), Hairi Safwan (Faruk), Reza Hasbi (Zarul), Khaty Azean (Mak Som), Maimon Mutalib (May Yah), Faizal Hussein (Jai), Sabrina Ali (Rozi) dan Aman Shah
Mulai 23 Mei 2012, Di Slot Samarinda TV3 setiap hari Selasa dan Rabu pada jam 10.30 malam manakala pada hari Khamis pada 9.30 mlm
No comments:
Post a Comment