Wednesday, July 18, 2012

Budak2 Zaman Kini..


budak2 sekarang...macam2 perangai
aku pon teringin gak nak beli hp canggih, beli tab baru.
.tapi takde ler sampai terfikir nak buat benda ne..

dulu masa study kat jb dulu...harapkan duit tajaan mara tu aja..
nak beli komputer pon tak mampu tau..zaman tu memang ada komputer pon dah canggih..

ko bayangkan harga dulu 5-6 ribu..mana cukup..nak buat assigment gi ler ko kat cc..
takde ler mcm skrg memang mak pak koorg dah belikan utk kemudahan ko..

rumah yg aku sewa tu rumah flat ..dekat dgn the zon..pusat bebas cukai..
koorg ckp aja stulang laut kat org jb mesti diorg tau...
org2 singapor memang suka shoping kat sini..
ada pusat hiburan..

kalo ko nak gi disko mabuk2..boleh jer ..
tempat ne kalo  jalan kaki dari umah sewa aku 10 minit dah sampai...

tapi aku takde ler terfikir nak buat benda tak senonoh tu..
kalo takat tgk kekawan pakai baju seksi2 tu..gi clubing tu..tak heran pon...

takdeler pon aku nak ikut2 perangai diorg..
singkat betul pemikiran budak2 zaman sekarang ne kan..
takut aku tgk..aku kan ada anak ppuan..


JOHOR BAHRU: Kegilaan terhadap pelbagai gajet dan alat telekomunikasi canggih menyebabkan seorang gadis berusia 14 tahun menjual tubuh termasuk meniduri lelaki berusia 60-an bagi mendapatkan wang untuk membeli barangan kegemaran mereka itu.
Perlakuan pelajar tingkatan dua dari Ulu Tiram, dekat sini, itu terbongkar apabila keluarganya menyedari dia memiliki barangan berjenama serta gajet terbaru yang setiap satu daripadanya berharga ribuan ringgit.
Gadis terbabit pada awalnya mendakwa gajet berkenaan kepunyaan rakan sekolah namun keluarga yang curiga membawanya mendapatkan kaunseling di Pejabat MCA Johor Jaya sebelum dia mengakui menjual tubuh kerana mahu memiliki barangan berkenaan.

Ketika berkongsi pengalamannya, gadis mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu sejak awal tahun ini.

“Setiap kali menjual tubuh, saya memperoleh RM200 hingga RM300. Jumlah itu lumayan dan membolehkan saya membeli pelbagai gajet terbaru seperti komputer tablet termasuk iPad dan telefon pintar, BlackBerry selain beg tangan berjenama terkenal.

tq harian metro...


No comments:

Post a Comment