Wednesday, November 28, 2012
Ubat Cacing..
Tuesday, November 27, 2012
Layan durian..
Gaya Mengamuk..
Saturday, November 24, 2012
Ke klinik lagi
Dah seminggu adam demam selsema..minggu lepas batuk..batuk dah ok selsema teruk pulak...la.ne betul2 buat aku stress..tak mo susu..tak mo mkn..dah susut dah badan...
Mulut adam ulser ditmbh lagi dgn sakit bontot..luka teruk benanah sbb si adan ne kuat menggaru..melecet nampak daging...
Pegi klinik mintak antibiotik sbb dah seminggu demam xelok..doc ckp demam kuat..so dapatler ubat demam masuk bontot...luka kat bontot tu dah jangkitan so dapat ubat krim sapu..kesian bila mandi menangis sbb kena air..
Bila x mkn ..perut kosong..mulaler meragam..kesiannya anak mama..cepat sembuh yer syg...
Thursday, November 22, 2012
Sakit Telinga...
Kereta rosak...
Memang seminggu 2 ne dah start meragam...start dah bebunyi..bateri keta dah kong..yg hubby ne sibuk xkp ok..
Singgah speed99 beli jajan utk anak bujang aku ne hah...
Sekali siap belanja ambik ko takleh start..
Dahler keta aku ne manual..terus rempit blk...ambil si adam..
Aliyah pon tak mengaji ari ne...
Monday, November 19, 2012
Sepetang di Taman Permainan
Friday, November 16, 2012
Aksi Dlm Lif...
Sup daging...
Merempit Versi Basikal...
Gaya Aliah Mengaji...
Adam Demam + Batuk...
Wednesday, November 14, 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARi MAAL HIJRAH 1434...^_^

Jom kita pakat2 baca doa ni,moga Allah Taala merahmati hidup kita semua...InsyaAllah...>_< —
Friday, November 9, 2012
Aliyah nyanyi org putih.....
Hehe aliah buat persembahan di majlis akhiar thn tadika UPM...
Coral speking...
Masa ne tgk ragam budak..comel..
Pelbagai persembahan dari budak 4 hingga 5 thn...so cute...
So layanler video yg aku ambil...
Thursday, November 8, 2012
Batu Pahat Banjir..
kampung aku banjir..tapi alhamdulilah umah mak tak kena..ne kawasan lain..
tapi kena berjaga2 ler..
727 mangsa banjir dipindah
pengarang@utusan.com.my
Peningkatan mangsa banjir itu berikutan kenaikan paras air Sungai Lenik di Chaah di sini, yang mencatatkan ketinggian 6.12 meter melebihi paras bahaya 6 meter ekoran hujan lebat yang melanda daerah ini.
Portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) menunjukkan kawasan paling teruk terjejas adalah kawasan Parlimen Parit Sulong.
Pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Sri Tiga Serangkai menempatkan bilangan mangsa teramai iaitu sebanyak 240 orang diikuti Dewan Orang Ramai Parit Sentang Batu (120) dan SK Tiga Serangkai (111), kesemuanya di Parit Sulong.
Kawasan di Parit Sulong yang terjejas akibat banjir adalah di Kampung Parit Gantong, Kampung Parit Lapis Laman, Kampung Parit Sentang Batu, Kampung Parit Abd. Rahman/Parit Abdul Hadi, Kampung Parit Yusof Darat, Kampung Parit Pulai/Parit Tegak, Kampung Parit Othman dan Kampung Parit Betong.
Turut dilanda banjir adalah Kampung Linau Kecil di kawasan Parlimen Batu Pahat dan Kampung Sengkuang di Parlimen Sri Gading.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, tiada sekolah menengah yang terjejas akibat banjir di daerah ini sehingga 5 petang ini.
"Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan bermula esok, tetapi saya dimaklumkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Batu Pahat bahawa tiada sekolah menengah yang terjejas ekoran banjir," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, calon SPM dan STPM yang menjadi mangsa banjir boleh dipindahkan ke sekolah lain yang mempunyai asrama atau rumah berdekatan pusat peperiksaan.
"Sekiranya menghadapi masalah di pusat pemindahan banjir, pelajar itu wajar memaklumkan kepada pegawai bertanggungjawab supaya dapat dipindahkan ke sekolah lain yang mempunyai asrama atau rumah lain misalnya rumah guru.
"Pegawai bertanggungjawab juga akan menyediakan pengangkutan ke pusat peperiksaan jika keadaan memerlukan," katanya.
Menurut beliau, calon SPM dan STPM di sekolah yang terjejas ekoran banjir pula dibenarkan menduduki peperiksaan di pusat peperiksaan lain yang berdekatan.
tq to © Utusan Melayu (M) Bhd