Thursday, November 8, 2012

Batu Pahat Banjir..

  kampung aku banjir..tapi alhamdulilah umah mak  tak kena..ne kawasan lain..

tapi kena berjaga2 ler..


727 mangsa banjir dipindah

BATU PAHAT 4 Nov. - Sebanyak 727 mangsa banjir dipindahkan di 10 pusat pemindahan di daerah ini hari ini berbanding 210 orang semalam.
Peningkatan mangsa banjir itu berikutan kenaikan paras air Sungai Lenik di Chaah di sini, yang mencatatkan ketinggian 6.12 meter melebihi paras bahaya 6 meter ekoran hujan lebat yang melanda daerah ini.
Portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) menunjukkan kawasan paling teruk terjejas adalah kawasan Parlimen Parit Sulong.
Pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Sri Tiga Serangkai menempatkan bilangan mangsa teramai iaitu sebanyak 240 orang diikuti Dewan Orang Ramai Parit Sentang Batu (120) dan SK Tiga Serangkai (111), kesemuanya di Parit Sulong.
Kawasan di Parit Sulong yang terjejas akibat banjir adalah di Kampung Parit Gantong, Kampung Parit Lapis Laman, Kampung Parit Sentang Batu, Kampung Parit Abd. Rahman/Parit Abdul Hadi, Kampung Parit Yusof Darat, Kampung Parit Pulai/Parit Tegak, Kampung Parit Othman dan Kampung Parit Betong.
Turut dilanda banjir adalah Kampung Linau Kecil di kawasan Parlimen Batu Pahat dan Kampung Sengkuang di Parlimen Sri Gading.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, tiada sekolah menengah yang terjejas akibat banjir di daerah ini sehingga 5 petang ini.
"Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan bermula esok, tetapi saya dimaklumkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Batu Pahat bahawa tiada sekolah menengah yang terjejas ekoran banjir," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, calon SPM dan STPM yang menjadi mangsa banjir boleh dipindahkan ke sekolah lain yang mempunyai asrama atau rumah berdekatan pusat peperiksaan.
"Sekiranya menghadapi masalah di pusat pemindahan banjir, pelajar itu wajar memaklumkan kepada pegawai bertanggungjawab supaya dapat dipindahkan ke sekolah lain yang mempunyai asrama atau rumah lain misalnya rumah guru.
"Pegawai bertanggungjawab juga akan menyediakan pengangkutan ke pusat peperiksaan jika keadaan memerlukan," katanya.
Menurut beliau, calon SPM dan STPM di sekolah yang terjejas ekoran banjir pula dibenarkan menduduki peperiksaan di pusat peperiksaan lain yang berdekatan.


tq to © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment