ne bukan bank yer...
tapi penyelesaian hp bila dah kong...so aku guna jenama Yoobao....
ne aku google tenet fungsi dan kemudahan powerbank aku...nak cakap banyak2 pon aku bukannya pandai so google aja ler...aku beli dengan harga RM130...
ne maklumat yg aku dapat...heheheh
SERING menghadapi masalah kehabisan bateri telefon
mahupun komputer tablet, lebih-lebih lagi ketika berada di luar negara yang mana
plug pengecas tidak sama seperti di Malaysia yang menggunakan plug tiga
pin.
Mungkin gajet minggu ini menjadi idaman kamu semua dan menjadi penyelesaian
kepada masalah tersebut.
Apalah gunanya jika kamu memiliki telefon pintar yang canggih mahupun
komputer tablet yang hebat jika peralatan kamu itu tidak mempunyai bateri.
Jadi, pada minggu ini .com menampilkan sebuah
gajet yang pasti kamu inginkan tambahan pula ia akan menjadi penyelesai masalah
pada zaman dunia tanpa sempadan dan kebergantungan terhadap gajet pintar.
Terdapat pelbagai jenama dan jenis alat pengecas mudah alih di pasaran.
Yang penting adalah jumlah kuasa yang dapat disimpan di dalam sesebuah alat
sebelum dapat disalurkan kepada peralatan mudah alih kamu.
Ada antaranya seperti bekas telefon bimbit, sebesar dompet mahupun yang
seakan-akan pen yang mudah dibawa ke mana sahaja.
Ruangan gajet minggu ini menampilkan alat pengecas
mudah alih jenama Yoobao Power Bank yang sememangnya memberi kemudahan yang
sangat berguna pada saat kecemasan mahupun perjalanan jauh.
Dengan kuasa 11,200mAh sememangnya Power Bank memberi banyak kuasa mengecas
bagi telefon mahupun tablet mudah alih pintar kamu untuk terus bernyawa.
Bagi sebuah telefon pintar seperti iPhone dan Samsung
Note mahupun S2 yang menggunakan kuasa bateri 1500mAh, Power Bank dapat mengecas
penuh sehingga tujuh kali sehingga bateri itu penuh.
Begitu juga dengan iPad mahupun Galaxy Tab yang tidak
dapat dicas oleh alat pengecas kereta tetapi dengan Power Bank gajet tersebut
dapat memberi kuasa sehingga tiga kali di cas penuh.
Sememangnya gajet ini memberi kemudahan yang sangat penting dalam
memastikan perhubungan kamu dengan dunia luar ataupun mencari jalan dengan GPS
tidak tergendala.
Dibekalkan dengan pelbagai kabel untuk kegunaan pelbagai jenis telefon
mahupun tablet ia sememangnya menjadi idaman setiap kaki gajet dan juga mereka
yang suka mengembara.
Yoobao amat sesuai untuk semua jenis telefon pintar dan komputer tablet.
iPod Touch, Motorola Droid, HTC Android Phones, Blackberry, Kindle, Samsung
Galaxy S, Nintendo, Sony PSP mahupun kamera dan banyak lagi.
Jadi jangan risau jika kamu kehabisan bateri walaupun berada di tengah
belantara yang sememangnya alat komunikasi merupakan antara peralatan yang amat
penting
ne ler power bank yg aku beli...heheheh....
Calu , kamea , jeu calu kcaj , cil vou pler , jeu cui dan la ru cen agen tranxfere der bye deu bank vya werstern unuon e 958.258.258.258 dola , oci pa USD bank en moa e ler di hif envoaye moa pa sms +22595716630 . kamea erde moa , jeu couf ernormeman kamea , jeu cui o haplex a cogefya . jer jux bezouyn d'agen likyd kamea en porh .
ReplyDelete