tq pada blog Hanis Azla@Blog..memang betul2 beguna...
Tandas (tempat mandi) tersumbat memang
selalu memeningkan. Bila dah tersumbat, airnya jadi melimpah. Waktu mandi, air
bertakung bagaikan kolam sebab lambat benar alirannya keluar. Kalau panggil
tukang paip memang paling murah pun akan dikenakan bayaran RM50. (Berdasarkan
pengalaman sendiri). Rasanya kat rumah aku sebelum ini, memang sudah beberapa
kali jugalah aku terpaksa panggil tukang paip untuk masalah tandas tersumbat
ini. (Selepas usaha memperbaiki sendiri gagal). Tapi sejak mengetahui tips ini,
tandas tersumbat bukan lagi masalah buat kami.
Emak memang tidak bersekolah tinggi.
Tapi pengamatannya cukup tinggi. Hanya melihat bagaimana tukang paip
menyelelesaikan masalah, emak sudah dapat bayangan bagaimana mahu membuatnya
sendiri. Bila panggil tukang paip, selalunya mereka menggunakan peralatan khas
seperti mesin tekanan tinggi. Ada juga yang menggunakan gumpalan kain. Jadi emak
ambil idea dari gumpalan kain tu menggunakan alatan yang ada di rumah.
Alhamdulillah, caranya cukup berkesan. Maka, tanpa tukang paip yang dikenakan
bayaran, tandas tersumbat mampu kami tangani sendiri dengan hanya menggunakan
mop yang kita gunakan untup mengelap lantai. (Mop yang conventional tu yer. Mop
yang canggih-canggih aku tak pasti berhasil atau tidak.
Caranya :
1. Masukkan
separuh gumpalan kain mop itu ke dalam saliran tandas sehingga padat.
Separuh bahagian lagi kita biarkan menutupi drain tandas itu. Pastikan tiada
langsung lubang udara. (Cover toilet drain tu perlu di buka dulu yer).
2. Kemudian,
seperti cara mengepam, kita pam mop itu beberapa kali. Untuk pam yang mula-mula
tu, memang kotoran akan naik balik keluar dan menjadikan air semakin bertakung.
Makanya kita kena buat beberapa kali. Keluarkan kain mop itu, masukkan kembali
dan pam lagi.
3. Ulang
beberapa kali. Selalunya aku buat sehingga terasa, sedutan kuat dari bawah yang
menarik air-air dan kain mop itu. (Ada masanya bila tarikan dari bawah kuat,
memang akan mengeluarkan bunyi). Bila sedutan kuat, air yang bertakung akan
mengalir laju dan kotoran tersumbat akan tertarik sekali. Masalah tandas
tersumbat akan selesai selepas itu.
Bagi yang
mempunyai masalah tandas tersumbat bolehlah mencuba cara ini bila pam hitam yang
kita gunakan masih tidak berhasil.
akhirnya berjaya jugak..my hubby yg buat ..Alhamdulilah...takdeler muka hubby masam mencuka..
No comments:
Post a Comment