Penyamun datang serah bayi
SUNGAI BULOH: “Tiada apa yang mampu saya katakan selain daripada gembira dan
berasa lega kerana bayi lelaki kami yang dilarikan lima lelaki sejak dua hari
lalu dipulangkan kembali malam tadi,” kata Nay Soe Aung, 29, bapa Mikalithu yang
dilarikan sekumpulan penyamun di Taman Saujana Akasia, di sini Rabu lalu.
Ketika kejadian jam 10.30 malam kelmarin itu, dia bersama isterinya, Cho Cho
Tun, 33, warga Myanmar berada di tingkat dua rumah sewa mereka apabila tiba-tiba
dimaklumkan rakan sekerja ada dua lelaki berada di depan rumah dan mahu
memulangkan semula bayinya.
Menurutnya, dia bersama isteri kemudian bergegas turun sebelum mendapati dua
lelaki sedang memegang bayinya sebelum mereka menyerahkan kepada isterinya.
“Ketika itu, saya lihat ada sebuah kereta bersama beberapa lelaki di dalamnya
berada di hadapan rumah kami dan hanya dua lelaki yang turun untuk menyerahkan
bayi saya itu.
“Sebelum beredar lelaki terbabit turut mengugut supaya saya tidak membuat
laporan polis dan jika berdegil mereka akan membunuh kami sekeluarga,” katanya
ketika ditemui di kediamannya, semalam.
HS: Mujur la tuhan bukakan pintu hati penyamun tu untuk pulangkan balik bayi ni. Ada la juga sifat kemanusiaan mereka ni.
tersentuh hati aku..nasib baik penyamun tu pulangkan baik..
kalo tak..apaler nasib baby tu kan,,,
No comments:
Post a Comment