
Aidiladha disambut pada 26 Oktober
KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 26
Oktober, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial
Syed Ahmad.
"Bagi menyempurnakan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah
diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1433 Hijrah ialah pada 17 Oktober,
2012.
"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri
seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012," katanya dalam
kenyataan di sini.
terujanya nak balik kg..dah lama tak balik..sejak raya ari tu..
rindunya kat mak...
ari tu mak oprate takdapat balik huhuhu..sedaynya...
No comments:
Post a Comment