KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus
satu setengah bulan gaji manakala pesara pula RM500.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bayaran bonus itu akan
dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada Disember manakala selebihnya
pada Januari depan.
Katanya, setengah bulan lagi telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri
lalu.
“Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus
sebanyak satu setengah bulan gaji," katanya dalam pembentangan Bajet 2013 di
sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pemberian bonus tersebut diharap
dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga bagi
menghadapi musim persekolahan pada awal Januari depan.
Najib turut mengumumkan bakal-bakal haji yang mencarum dalam Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) kini dibenar mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi
menampung kekurangan kos tambang.
Katanya, inisiatif itu terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum
pengeluaran sehingga RM3,000.
© Utusan Melayu (M) Bhd
alhamdulilah..rezeki yg ditunggu..
1 1/2 bulan gaji..1/2 bulan dah dibayar masa hari raya..
1 bulan tu akan dibayar separuh2..iaitu pada bulan Disember 2012 dan Januari 2013..
No comments:
Post a Comment